Ujaran Implisit dan Akal Budi dalam Filem P. Ramlee: Analisis Semantik Inkuisitif

Nur Ezatull Fadtehah, Hedel (2024) Ujaran Implisit dan Akal Budi dalam Filem P. Ramlee: Analisis Semantik Inkuisitif. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF
DSVA_Nur Ezathull Fadtehah.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (8MB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3942 / 3973 / 3933)
THESIS MASTER_NUR EZATULL FADTEHAH BINTI HEDEL.ftext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)
[img] PDF
THESIS MASTER_NUR EZATULL FADTEHAH BINTI HEDEL - 24 pages.pdf

Download (292kB)

Abstract

Filem merupakan salah satu medium menyampaikan mesej melalui lakonan para pelakon. Filem- filem klasik seperti filem arahan dan lakonan P.Ramlee banyak menggunakan dialog tersirat sehingga tidak dapat diterjemahkan secara harfiah. Maka, kajian ini dijalankan untuk meneliti dialog tersirat dalam filem-filem P. Ramlee menggunakan pendekatan semantik inkuisitif daripada bidang pragmatik yang menekankan pentafsiran makna. Dua objektif kajian ini, antaranya mengenal pasti ujaran berimplisit dan seterusnya menganalisis pemikiran dan keintelektualan masyarakat Melayu dalam ujaran berimplisit filem P. Ramlee. Kajian kualitatif dan berbentuk deskriptif dan analisis kandungan ini telah menggunakan data transkripsi dialog filem P.Ramlee yang dipilih. Sebanyak 10 filem dan 20 data dianalisis iaitu dua data diwakili oleh setiap filem. Data dialog berimplisit yang dikenal pasti seterusnya dianalisis menggunakan tiga tahap analisis iaitu semantik skrip, resonans dan inkuisitif. Teori yang mendasari pencarian makna ialah teori relevans daripada Sperber dan Wilson (1986, 1995) dan dibantu oleh rangka rujuk silang daripada Kempson (1986). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu dalam dialog berimplisit yang diujarkan. Leksikal-leksikal tertentu dalam dialog berimplisit juga mempunyai alasan tersendiri untuk digunakan. Tuntasnya, penggunaan dialog berimplisit dalam filem P. Ramlee jelas mencerminkan masyarakat Melayu itu sendiri. Kata kunci: Filem, implisit, P. Ramlee, semantik inkuisitif, teori relevans

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Depositing User: NUR EZATULL FADTEHAH BINTI HEDEL
Date Deposited: 17 Jul 2024 01:02
Last Modified: 17 Jul 2024 01:02
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45279

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item