Cerita Rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran : Cerita Rakyat Bidayuh, Dondan.

Yvonne Michelle, Campbell (2024) Cerita Rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran : Cerita Rakyat Bidayuh, Dondan. In: Khazanah Peribumi Sarawak : Kompilasi Kajian Sosio-Budaya. UNIMAS Publisher, Universiti Malaysia Sarawak, pp. 57-78. ISBN 9789670054650

[img] PDF
ACE Scanner_2024_07_10(1).pdf

Download (6MB)

Abstract

Bab ini berfokus pada kajian cerita rakyat Bidayuh atau Dondan khasnya masyarakat Bidayuh di Bau serta penggunaannya sebagai salah satu bahan pengajaran. Bahan penulisan bab ini diperoleh daripada analisis data yang diperoleh hasil daripada temu bual yang dijalankan di Bau. Penulisan dan analisis terhadap data hanya difokuskan kepada cerita rakyat masyarakat Bidayuh atau Dondan. Berdasarkan data daripada masyarakat Bidayuh atau Dondan didapati walaupun pada zaman dahulu tidak ada teknologi namun mereka mempunyai semangat yang tinggi kerana kaum Bidayuh telah dididik dengan gaya hidup yang mempunyai infiniti, saling hormat menghormati dalam budaya bermasyarakat. Selain itu, terdapat juga elemen-elemen budaya dan adat upacara berkaitan padi dan penanaman padi. Tradisi ini merupakan warisan kepada kaum Bidayuh. Konsep pengajaran dengan kaedah bercerita juga telah meningkatkan perkembangan kognitif dan pembentukan identiti Bidayuh. Daripada hasil kajian didapati kesemua elemen pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan konsep bahan kesusasteraan melalui cerita rakyat telah memberi inisiatif dan sebagai anjakan paradigma yang berkesan kepada masyarakat dahulu kala khususnya kaum Bidayuh.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: cerita rakyat, mitos, lagenda, dongeng.
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Campbell
Date Deposited: 10 Jul 2024 08:23
Last Modified: 10 Jul 2024 08:23
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45216

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item