Dilah, Tuah (2024) Pertembungan Budaya dalam Novel Melati Sarawak : Satu Analisis. Trends in Undergraduate Research, 7 (1). f-1-f-7. ISSN 2637-093X
PDF
Pertembungan Budaya dalam Novel Melati.pdf Download (47kB) |
Abstract
Melati Sarawak merupakan sebuah novel Melayu Sarawak kedua tertua, selepas Hikayat Panglima Nikosa yang terbit pada tahun 1876 di Kuching. Novel ini ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf pada tahun 1932 yang memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Sarawak pada awal abad ke-20 yang masih dijajah oleh keluarga Brooke. Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis pertembungan budaya yang terdapat dalam novel Melati Sarawak khususnya antara budaya tempatan dengan budaya barat. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pertembungan budaya dalam novel ini iaitu dari aspek permainan gendang Melayu, kepercayaan animisme, pengaruh bahasa Inggeris, pendidikan moden, dan gaya hidup masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Pengarang menggunakan novel ini sebagai medium untuk menyuarakan kritikan terhadap budaya suka berhibur serta kelemahan masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan. Novel ini penting sebagai penanda aras kepada status dan kedudukan masyarakat Melayu Sarawak pada era pasca Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Melati Sarawak, novel, budaya, Melayu Sarawak, karya sastera. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 03 Jul 2024 02:17 |
Last Modified: | 03 Jul 2024 02:17 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45146 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |