Deskripsi Awal Bahasa Lengilo di Lawas, Sarawak

Nur Ardini Jian, Abdullah @ Elmie and Hamidah, Abdul Wahab and Ting, Su Hie (2021) Deskripsi Awal Bahasa Lengilo di Lawas, Sarawak. In: 3rd International Conference on Business, Social Sciences, Economics and Technology2024 (ICBSET2024), Online.

[img] PDF
full_paper_bahasa_icbset2024_Bahasa Lengilo_Nur Ardini_Hamidah_Su-Hie Ting.pdf

Download (383kB)
Official URL: https://globalacademianetwork.org/conferences-2/

Abstract

Suku kaum Lengilo merupakan salah satu suku kaum bumiputera yang menetap di Sarawak, dan tergolong dalam kumpulan Lun Bawang. Mereka berhijrah dari Binuang, Kalimantan Indonesia semasa pendudukan Jepun pada sekitar tahun 1940-an. Dianggarkan bahawa terdapat kurang daripada 150 orang penutur di Ba’Kelalan dan Lawas di Sarawak. Populasi kaum ini adalah kecil, dan ramai daripada penutur generasi kedua Lengilo yang tinggal di kawasan bandar dan daripada keturunan perkahwinan campur kurang mahir atau tidak dapat bertutur lagi dalam bahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian awal ini bertujuan meneliti aspek fonetik bahasa Lengilo, memfokus kepada vokal, konsonan dan diftong. Data kajian ini dikumpul menerusi kajian lapangan berdasarkan senarai 100 kosa kata dasar Swadesh. Informan yang ditemu bual berumur 80 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Lengilo memiliki enam jenis konsonan, tiga jenis vokal dan tiga diftong. Konsonan afrikat tidak ditemukan berdasarkan senarai 100 kata yang diteliti. Huraian awal bahasa Lengilo adalah penting dijalankan untuk kajian perbandingan bahasa ini dengan bahasa kumpulan peribumi dalam kategori Lun Bawang.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Lengilo, Sarawak, bahasa, vokal, konsonan, diftong.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 03 Jul 2024 01:13
Last Modified: 03 Jul 2024 01:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45144

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item