Penglibatan Golongan Belia dan Cadangan dalam Mengurangkan Kegiatan Mat Rempit

Muhd Khairul Najmi, Nasir and Athirah, Azhar (2024) Penglibatan Golongan Belia dan Cadangan dalam Mengurangkan Kegiatan Mat Rempit. Trends in Undergraduate Research, 7 (1). pp. 13-23. ISSN 2637-093X

[img] PDF
Penglibatan Golongan Belia - Copy.pdf

Download (15kB)
Official URL: https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/arti...

Abstract

Kegiatan mat rempit atau merempit boleh di katakan sebagai salah satu yang menyumbang kepada masalah sosial dari kalangan belia pada masa kini. Tiga objektif kajian yang ingin dikaji iaitu untuk mengenalpasti faktor belia terjebak dengan kegiatan mat rempit, mengetahui kesan penglibatan belia dalam kegiatan mat rempit, dan mencadangkan langkah bagi mengurangkan kegiatan mat rempit dalam kalangan belia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual lima orang responden daripada Senawang, Negeri Sembilan sebagai kajian kes. Persampelan bertujuan digunakan untuk kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan belia terjebak dengan kegiatan mat rempit di sebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, pengaruh sosial media, pengaruh wang ringgit, dan minat kendiri dalam dunia permotoran. Faktor-faktor ini telah memberi kesan terhadap mat rempit seperti terlibat dengan kemalangan jalan raya, terjebak dalam masalah sosial yang lebih serius serta pembaziran wang yang berlebihan. Oleh itu, belia mencadangkan supaya mewujudkan lebih banyak litar awam, mengadakan operasi di malam minggu dan menggubal syarat kelayakan umur untuk mendapatkan lesen motorsikal. Kesimpulannya, operasi penangkapan mat rempit yang kerap dijalankan sehaja tidak dapat mengurangkan kegiatan mat rempit malah, kempen kesedaran yang berkaitan juga perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah dengan penglibatan ibubapa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: belia, mat rempit, masalah sosial, lumba haram.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Azhar
Date Deposited: 01 Jul 2024 06:25
Last Modified: 01 Jul 2024 06:25
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45114

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item