Shyafiena, Abdul Aziz (2024) Pendekatan Konsep Community Safety and Well Being (CSWB) terhadap Kehidupan Komuniti Penempatan Atas Air: Kajian Kes di Kampung Limpaku Pinang, Limbang, Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.
PDF
DSVA Shyafiena binti Abdul Aziz.pdf Restricted to Repository staff only Download (750kB) |
|
PDF
Shyafiena binti Abdul Aziz (24pgs).pdf Download (363kB) |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Thesis Master_Shyafiena binti Abdul Aziz.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Perkampungan atas air merupakan penempatan yang dibina berhampiran dengan pesisiran perairan. Penduduk yang tinggal di perkampungan atas air dikategorikan sebagai komuniti yang terdedah kepada faktor-faktor yang berkaitan dengan bencana alam. Mereka juga dapat dianggap sebagai golongan yang berketidakupayaan untuk menentang bahaya atau bertindak balas apabila bencana akan berlaku. Dengan menggunakan konsep Community Safety and Well-being, kajian ini memfokuskan tentang keselamatan dan kesejahteraan hidup bagi komuniti di perkampungan atas air. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji elemen-elemen CSWB dalam konteks perkampungan atas air dan menghuraikan konsep CSWB terhadap komuniti di perkampungan atas air. Metodologi yang digunakan adalah mixed method iaitu kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kuantitatif iaitu deskriptif dan inferensi serta analisis kualitatif menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima elemen CSWB yang berkaitan dengan kehidupan komuniti di perkampungan atas air iaitu kehidupan komuniti, kehidupan individu, taraf hidup, keselamatan dan kesihatan. Dalam masa yang sama, terdapat empat isu utama yang dianalisis berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan komuniti di sini iaitu angin kuat, hujan lebat, kemarau dan ancaman hidupan liar. Hasil dapatan kajian telah membentuk satu kerangka CSWB bagi kehidupan komuniti di perkampungan atas air. Melalui kerangka ini, aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti di peringkat individu dapat diketengahkan. Ia juga dapat menjadi rujukan pihak-pihak lain dalam memperkasakan keselamatan komuniti di perkampungan atas air. Oleh itu, kajian ini juga mencadangkan penambahbaikan kehidupan komuniti seperti telekomunikasi, komunikasi keselamatan dan pembangunan kapasiti terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan. Kajian akan datang dicadangkan agar skop kajian dikembangkan dengan melihat CSWB dari peringkat sistemik dan operasi bagi perkampungan atas air.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | SHYAFIENA BINTI ABDUL AZIZ |
Date Deposited: | 10 Jul 2024 08:10 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 08:10 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45073 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |