Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau,Sarawak

Clinton, Ringit and Hamidah, Abdul Wahab and Remmy, Gedat (2024) Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau,Sarawak. Masters thesis, Faculty of Education, Language and Communication.

[img] PDF
DOW_Clinton Ringit.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (61kB) | Request a copy
[img] PDF
Thesis Master_ClintonRingit - 24 pages.pdf

Download (256kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3942 / 3973 / 3933)
Thesis Master_ClintonRingit.ftext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Bahasa merupakan elemen yang sangat penting untuk melancarkan proses penyampaian maklumat kepada seseorang. Salah satu variasi bahasa yang semakin jarang dituturkan ialah bahasa halus. Bahasa halus merupakan fenomena berbahasa yang menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti bahasa halus seperti perkataan atau frasa berlandaskan kerangka pengkategorian eufemisme saranan Allan dan Burridge (1991) yang terdapat dalam ujaran masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. Selain itu, penulisan ini menerapkan pendekatan metafora konseptual (Lakoff & Johnson, 1980) untuk menganalisis unit kata atau frasa bagi setiap domain bahasa halus tersebut. Metafora konseptual berperanan untuk membentuk pemahaman bagi domain yang abstrak kepada domain yang lebih konkrit. Metafora konseptual pula berbentuk satu set pemetaan yang mengandungi domain sumber dan domain sasaran. Kajian ini turut menganalisis hubungan budaya dengan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau berpandukan pendekatan Antropologi Budaya oleh Keesing (1981). Kajian ini menerapkan kaedah kualitatif, iaitu melalui temu bual berstruktur untuk mendapatkan data melibatkan 10 orang informan perempuan dan 10 orang informan lelaki. Hasilnya, kajian ini memperoleh 20 data melalui empat domain, iaitu domain ketakutan, kematian, kepercayaan, dan kejantinaan. Dapatan kajian menunjukkan data bahasa halus Iban Sebuyau berkait rapat dengan kerangka metafora konseptual seperti metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural. Pendekatan metafora konseptual yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980) menunjukkan data bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengalaman dan kepercayaan masyarakat Iban. Hubungan bahasa halus dengan konteks budaya masyarakat Iban Sebuyau juga menunjukkan sistem kepercayaan dan menghormati alam lain amat dititikberatkan dalam setiap tutur kata. Kata kunci: Bahasa halus, Iban Sebuyau, metafora konseptual, budaya, semantik kognitif

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: CLINTON ANAK RINGIT
Date Deposited: 14 Jun 2024 07:09
Last Modified: 28 Aug 2024 02:20
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44975

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item