SEJARAH MIGRASI DAN PETEMPATAN MASYARAKAT BIDAYUH DARI TAHUN 1400-1840

Nur Auni, Ugong and B. B. B., Bee (2023) SEJARAH MIGRASI DAN PETEMPATAN MASYARAKAT BIDAYUH DARI TAHUN 1400-1840. Jurnal Kinabalu, 29. pp. 231-242. ISSN 2600-867X

[img] PDF
SEJARAH MIGRASI.pdf

Download (194kB)
Official URL: https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/arti...

Abstract

Jika dibandingkan dengan masyarakat lain di Sarawak, masyarakat Bidayuh adalah yang keempat terbesar mendiami Sarawak setelah Iban, Cina dan Melayu. Dahulunya masyarakat Bidayuh dikenali sebagai Land Dayak atau Hill Dayak. Objektif artikel ini adalah meninjau proses migrasi dan perkembangan penempatan masyarakat Bidayuh di antara tempoh tahun 1400 hingga 1840. Data kajian ini terdiri daripada data primer dan data sekunder, yang mana analisis dilakukan dengan menggunakan aplikasi ATLAS.ti dengan merujuk kepada kata kunci yang telah ditetapkan. Dapatan kajian membuktikan bahawa kegiatan migrasi masyarakat Bidayuh yang berlaku daripada tahun 1400-1840 ternyata menjurus ke bahagian pedalaman khususnya ke bahagian hulu atau ke kawasan pergunungan. Migrasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti ancaman lanun dan kaum lain yang lebih kuat, penindasan, mengelakkan daripada diperhambakan dan keganasan yang dilakukan terhadap masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh diandaikan berasal dari Kalimantan Indonesia dan bermigrasi ke Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan. Setelah bermigrasi lebih kurang 600 tahun lalu, kawasan petempatan masyarakat Bidayuh semakin berkembang sehingga ke Bahagian Miri, Sibu dan Bintulu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Masyarakat Bidayuh, migrasi, penempatan.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Ugong
Date Deposited: 14 Jun 2024 06:50
Last Modified: 14 Jun 2024 06:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44974

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item