Ericca Eanna, Bidi and Salbia, Hassan and Dayang Sariah, Abang Suhai (2022) Pengimbuhan Kata dalam Bahasa Iban. PENDETA, 13 (2). pp. 55-71. ISSN 1823-6812
PDF
Pengimbuhan Kata.pdf Download (105kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengimbuhan kata dalam bahasa Iban. Pengimbuhan kata yang dikaji menfokuskan kepada imbuhan awalan yang hadir di hadapan kata kerja yang terdapat dalam teks cerita rakyat. Terdapat dua objektif utama yang diketengahkan, iaitu mengenal pasti bentuk imbuhan awalan dan kata dasar serta menghuraikan proses pengimbuhan dalam kata kerja terbitan. Dari segi kaedah kajian pula, kaedah kualitatif berbentuk deskriptif dipilih untuk menerangkan pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban. Selain itu, instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan teks-teks cerita masyarakat Iban yang terdapat dalam sebuah buku yang diberi tajuk Tiga Ensera (The Tun Jugah Foundation, 2009). Proses pengumpulan data dilakukan dengan mencatat dan menyenaraikan sejumlah kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks cerita Indai Jubang (Sang Lamat, 2003), Kumang Bunsu Ikan Buing (Muda Sandin, 2004) dan Kumang Nyera (Mathew Banyin Nyaru, 2003) dan dianalisis dengan berlandaskan Teori Linguistik Struktural yang dipelopori oleh Ferdinand De Saussure (1960). Berpandukan hasil analisis data, jelas menunjukkan bahawa kata kerja terbitan dalam bahasa Iban dibentuk melalui proses pengimbuhan morfem awalan dengan kata dasarnya. Terdapat beberapa bentuk morfem awalan yang terlibat iaitu morfem awalan /be-/, /di-/, /te-/, dan /en-/ yang diimbuhkan pada fonem awal kata dasar. Selain itu, analisis kajian juga mendapati proses penyengauan atau nasalisasi berlaku dalam pembentukan kata kerja terbitan bahasa Iban yang dilambangkan dengan /N-/. Melalui analisis ini, jelas menunjukkan bahawa bahasa Iban membentuk kata terbitannya melalui proses pengimbuhan dan memiliki sebahagian bentuk imbuhan awalan yang berbeza dengan bahasa lain. Justeru, kajian ini dapat memberi pemahaman dan mengenal pasti pengimbuhan kata dalam bahasa Iban.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | bahasa Iban, pengimbuhan, kata kerja, morfem awalan, Tiga Ensera. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Hassan |
Date Deposited: | 29 May 2024 06:34 |
Last Modified: | 29 May 2024 06:34 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44895 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |