Salbia, Hassan (2023) Struktur suku kata Dialek Melayu Kabong Sarawak. In: Dialektologi Bahasa Peribumi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pp. 211-230. ISBN 978-983-49-4164-2
PDF
Dialektologi Bahasa Peribumi.pdf Download (522kB) |
Abstract
Dialek Melayu bukan sahaja dituturkan di Kepulauan Melayu, malah di seluruh Nusantara, yakni dari pesisiran barat Pulau Sumatera hingga teluk dan pantai terpencil di Irian Jaya, dan dari wilayah negeri Thai di daratan Asia di utara hingga ke Pulau Cocos-Keeling di bawah pentadbiran Australia (Collins, 1996). Daripada hakikat ini, jelas bahawa kajian terhadap dialek Melayu bukan sahaja tertumpu pada dialek Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu, malah telah diteroka dan dijelajahi sejauh mana dialek itu dituturkan. Begitu juga dengan dialek Melayu di Kepulauan Borneo (Jaludin Chuchu, 2003: 1). Menyedari hakikat ini, maka kajian terhadap salah satu dialek Melayu di Sarawak (DMS), iaitu Dialek Melayu Kabong (DMKb) akan dilakukan untuk mengenal pasti sistem dan struktur fonologi yang menjadi satu ciri utama untuk membezakan sama ada sesuatu dialek itu mempunyai persamaan atau perbezaan dengan dialek yang lain.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | dialek Melayu kabong, fonologi, suku kata, fonem, konsonan, vokal. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Hassan |
Date Deposited: | 30 May 2024 02:39 |
Last Modified: | 30 May 2024 02:39 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44894 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |