MENELADANI SIKAP POSITIF DAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SENI BAHASA: ANALISIS PRAGMATIK

Srikandi Saemah, Samaon and Mary Fatimah, Subet and Muhammad Zaid, Daud (2023) MENELADANI SIKAP POSITIF DAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SENI BAHASA: ANALISIS PRAGMATIK. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023, 24-25 Oktober 2023, Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
5 (2).pdf

Download (4MB)
Official URL: https://slcp.uum.edu.my/

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), memasukkan elemen seni bahasa dengan mengekalkan karya sastera dalam silibus pembelajaran. Hal ini kerana seni bahasa atau KOMSAS menjadi alat untuk meneladani sikap positif kepada pelajar. Sifat-sifat positif yang terdapat dalam novel dapat menjadi pengajaran kepada pelajar. Kajian ini bertujuan menganalisis sikap dan nilai kemanusiaan dalam perisitiwa-peristiwa yang terdapat dalam novel seni bahasa untuk diteladani oleh pelajar. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kualitatif secara analisis dokumen sepenuhnya. Pengkaji menggunakan pendekatan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Data kajian ini daripada novel Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor (2012). Bagi pembuktian nilai murni yang terdapat dalam novel ini, pengkaji telah menganalisis ujaran daripada watak Marilyn berdasarkan frasa “mendakap anak gadisnya,, “sayang kamu”, “tidak mahu kehilangan kamu ” dan “kucupan hangat”. Dengan bantuan analisis TR dan RRS, dapat membuktikan perwatakan Marilyn ialah seorang ibu yang sangat menyayangi dan merindui anaknya yang telah lama terpisah. Penggunaan leksikal seperti “mendakap”, dan frasa “tidak mahu kehilangan kamu lagi” dan “sayang kamu” dapat memberi kesan kognitif sedia ada dalam diri pelajar. Berdasarkan implikatur yang terhasil pelajar dapat memahami sikap positif dan nilai kemanusiaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam ujaran yang digunakan. Kajian ini mendapati ujaran-ujaran yang terdapat dalam setiap peristiwa dalam novel dapat menimbulkan pelbagai andaian dan kesan kognitif kepada pelajar. Hasil kajian menjelaskan terdapat sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam diri “Mummy” iaitu nilai kasih sayang. Sikap positif dan nilai kemanusiaan iaitu sifat kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya ini dapat dijadikan teladan kepada pelajar kerana kasih sayang sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: seni bahasa, novel, sikap positif, nilai kemanusiaan, Teori Relevans
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 16 May 2024 08:10
Last Modified: 16 May 2024 08:10
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44779

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item