Muhammad Zaid, Daud and Mary Fatimah, Subet and Awang Azman, Awang Pawi (2023) MENYINGKAP RAHSIA WARNA DAN EMOSI DALAM MITOS PAK KADUK: ANALISIS PRAGMATIK. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023, 24-25 Oktober 2023, Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia.
PDF
3.pdf Download (4MB) |
Abstract
Pak Kaduk (PK) merupakan salah satu watak dalam sastera rakyat (cerita jenaka) yang terkandung unsur jenaka atau lucu. Cerita ini dapat mencuit hati pendengar serta bahan ceritanya berdasarkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kepengarangan cerita jenaka adalah untuk memberikan hiburan, mengkritik anggota masyarakat dan memberi didikan kepada pembaca. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis akal budi kepengarangan Pak Kaduk terhadap warna dan emosi. Satu teori yang berwibawa akan diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu Teori Relevens (Sperber & Wilson, 1986; 1995). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif (analisis dokumen) sepenuhnya. Data kajian pula diperoleh melalui antologi Lukisan Zaman oleh Shari (1991) serta Himpunan 336 Cerita Rakyat Malaysia oleh Puteh dan Said (2008). Bagi memerihalkan akal budi penceritaan Pak Kaduk terhadap warna dan emosi pengkaji telah menganalisis ujaran “Apabila sudah, lalu diberikan kepada Pak Kaduk, maka ia pun segeralah memakai pakaian sedondon, yiaitu ***berbunga tanjung, merah, kuning, hitam dan putih***, terlalu hebat rupanya, tambahan pula berkena tengkolok helang menyongsang angin.”. Hasil kajian mendapati bahawa bunga tanjung dan warna digunakan oleh pengarang sebagai jelmaan konsep [KEPELBAGAIAN]. Penguatan elemen [KEPELBAGAIAN] ini dapat dikaitkan dengan variasi warna bunga tanjung. Perkara inilah yang diterapkan oleh pengarang sebagai perlambangan emosi Pak Kaduk yang pelbagai. Berdasarkan implikatur ini, pembaca dapat memahami bahawa [BERBUNGA TAJUNG] diaplikasikan oleh pengarang bagi menyerlahkan lagi konsep [KEPELBAGAIAN*]. Manakala, konteks warna bunga seperti warna [PUTIH] dan [KUNING] membawa perlambangan makna yang positif, manakala warna [MERAH] dan [HITAM] membawa perlambangan makna yang negatif. Rumusannya, kajian ini turut mendapati kritikan terhadap sikap seseorang yang terpaksa melindungi emosinya akibat daripada kesilapan dirinya sendiri.
Item Type: | Proceeding (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pak Kaduk, cerita jenaka, kepengarangan, emosi, warna, pragmatik |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Sanawi |
Date Deposited: | 16 May 2024 07:46 |
Last Modified: | 16 May 2024 07:46 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44776 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |