KRITIKAN DAN SARANAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA DALAM KARYA-KARYA SASTERAWAN NEGARA ERA MILENIUM KETIGA BERDASARKAN PERSPEKTIF REALISME LUKACS

Asyraff, Jamin and Mary Fatimah, Subet (2023) KRITIKAN DAN SARANAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA DALAM KARYA-KARYA SASTERAWAN NEGARA ERA MILENIUM KETIGA BERDASARKAN PERSPEKTIF REALISME LUKACS. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023, 24-25 Oktober 2023, Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
2 (1).pdf

Download (5MB)
Official URL: https://slcp.uum.edu.my/

Abstract

Kajian terhadap karya-karya Sasterawan Negara sememangnya telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di negara ini. Pun begitu, kajian terhadap karya-karya mereka yang menggunakan teori realisme didapati masih kurang dijalankan lantas mewujudkan satu kelompangan dalam korpus kajian sastera di negara ini khususnya bagi kajian-kajian yang mengupas karya-karya Sasterawan Negara. Oleh yang demikian, kajian ini hadir sebagai sebuah kajian realisme bagi mengupas kritikan dan saranan sosial terhadap masyarakat Malaysia yang dikemukakan Sasterawan-Sasterawan Negara era milenium ketiga dalam karya mereka. Kajian ini menggunakan karya-karya novel tulisan Sasterawan Negara yang menerima anugerah Sasterawan Negara dalam era milenium ketiga, iaitu bermula tahun 2001 sehingga kini. Novel-novel yang digunakan ini juga merupakan novel-novel mereka yang diterbitkan dalam garis masa yang sama. Pemilihan garis masa era milenium ketiga dibuat berdasarkan pertimbangan untuk melihat kerelevanan pemikiran Sasterawan-Sasterawan Negara terhadap situasi dan perkembangan semasa selari dengan prinsip realisme menurut Lukacs (1990), iaitu seni atau karya realis merupakan cerminan atau gambaran timbal balik tentang kenyataan sosial termasuklah dari segi peredaran masanya. Analisis kajian ini mengaplikasikan prinsip-prinsip realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti hubungan kritikan dan saranan sosial yang dikemukakan Sasterawan Negara era milenium ketiga dengan realiti kehidupan masyarakat seterusnya memperincikan impaknya terhadap proses pembangunan masyarakat dan negara. Kajian ini pada akhirnya mendapati novel-novel Sasterawan Negara era milenium ketiga sememangnya sarat dengan kritikan dan saranan sosial yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Kajian ini juga berjaya mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan Negara.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: karya Sasterawan Negara, kritikan, saranan, realisme Lukacs, masyarakat Malaysia
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 16 May 2024 07:41
Last Modified: 16 May 2024 07:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44774

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item