PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF DALAM PEMBELAJARAN PERIBAHASA MENURUT PERSPEKTIF KSSM BAHASA MELAYU

Mohd Ridzuan, Bin Md Nasir and Mary Fatimah, Subet (2023) PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF DALAM PEMBELAJARAN PERIBAHASA MENURUT PERSPEKTIF KSSM BAHASA MELAYU. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023, 24-25 Oktober 2023, Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
1 (1).pdf

Download (4MB)
Official URL: https://slcp.uum.edu.my/

Abstract

Merujuk KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, peribahasa merupakan salah satu aspek seni bahasa dan perlu diajar bersama dengan sistem bahasa. Penguasaan peribahasa secara abstrak pada dasarnya dapat menonjolkan kemahiran berbahasa murid. Justeru, murid perlu diajar penggunaan peribahasa secara menyeluruh dan bukan hanya berfokus kepada penguasaan makna kamus sahaja. Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti pendekatan semantik inkuisitif sebagai kaedah alternatif pembelajaran peribahasa di peringkat sekolah menengah berdasarkan strategi pembelajaran inkuiri yang dicadangkan dalam KSSM Bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini mengambil data daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 serta data sokongan yang melibatkan penelitian terhadap makna peribahasa yang diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus DBP. Pengumpulan data dilakukan dengan mengelaskan peribahasa mengikut tema ‘Perpaduan’ berdasarkan asosiasi makna. Sebanyak enam data berjaya dikumpulkan. Data yang dipilih kemudiannya dianalisis menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif yang melibatkan tiga tahap memproses. Pada peringkat permulaan, analisis melibatkan makna permukaan. Kemudian diikuti dengan analisis semantik resonans yang melibatkan kognitif penutur dengan mengaplikasi Rangka Rujuk Silang (RRS), iaitu sub konsep dalam Teori Relevans. Akhir sekali adalah analisis makna melalui perspektif semantik inkuisitif. Hasil kajian mendapati, dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa mampu menjadikan proses pembelajaran peribahasa lebih bermakna apabila makna peribahasa dapat dicungkil sehingga ke akar umbi sekali gus menonjolkan falsafah dan ketinggian akal budi Melayu. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri yang diterapkan dalam semantik inkuisitif bukan sahaja dapat digunakan untuk mengkaji makna peribahasa malah bersifat multidisiplin apabila hasil hasil kajian ini berjaya menggabungkan kepelbagaian bidang ilmu pengetahuan yang merentas bidang bahasa.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu, linguistik terapan, pendidikan, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 16 May 2024 07:34
Last Modified: 16 May 2024 07:34
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44772

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item