Asyraff, Jamin and Mary Fatimah, Subet and Santrol, Abdullah (2024) KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT : COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT. JURNAL PENGAJIAN MELAYU, 35 (1). pp. 87-105. ISSN 1823−7622
PDF
Article-1.pdf Download (808kB) |
Abstract
Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini. Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian yang menggunakan teori ini dikesan di Malaysia. Dalam konteks karya-karya Sasterawan Negara pula, kajian realisme yang mengupas pemikiran Sasterawan Negara turut dikenal pasti masih tidak banyak dilakukan oleh pengkaji di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini mengupas pemikiran Sasterawan Negara Rahman Shaari dalam novelnya Cengkaman Hasrat (2015). Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap novel Cengkaman Hasrat (2015) berlandaskan prinsip kritikan realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti pemikiran yang signifikan ke arah menambah baik kehidupan masyarakat di Malaysia secara khususnya. Kaedah kepustakaan turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan dan kesan pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk menganalisis pemikiran realisme lengkap yang dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam novel Cengkaman Hasrat, memperincikan hubungan dan impak pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara, serta mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan Negara. Kajian ini pada akhirnya mendapati novel Cengkaman Hasrat sememangnya mengandungi pemikiran realisme lengkap yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kritikan realisme; Sasterawan Negara; Rahman Shaari; Lukacs; novel Cengkaman Hasrat |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Sanawi |
Date Deposited: | 02 May 2024 03:01 |
Last Modified: | 02 May 2024 03:01 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44673 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |