Hubungan Amalan Kreativiti Dan Komitmen Guru Pendidikan Seni Visual : Kajian Kes Guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak.

Muhammad Khairullah, Muhammad Marzidi (2024) Hubungan Amalan Kreativiti Dan Komitmen Guru Pendidikan Seni Visual : Kajian Kes Guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
DSVA-Khairullah.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (838kB) | Request a copy
[img] PDF
Thesis Master_MUHAMMAD KHAIRULLAH - 24 pages.pdf

Download (604kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Muhammad ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kurangnya penekanan terhadap kreativiti guru Pendidikan Seni Visual, cabaran penggunaan teknologi dalam pengajaran, dan kekurangan Bahan Bantu Mengajar serta modul khusus merencatkan efektiviti pengajaran dan pembelajaran seni visual di kalangan guru, menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan pendidikan seni visual. Kajian ini menitikberatkan amalan kreativiti dan komitmen guru Pendidikan Seni Visual dengan fokus kepada persediaan, imaginasi, perkembangan, dan tindakan. Tujuannya adalah mengenal pasti perbezaan dalam amalan kreativiti dan komitmen guru berdasarkan jantina serta menilai hubungan di antara amalan kreativiti dan komitmen guru Pendidikan Seni Visual. Kajian ini melibatkan 190 guru Pendidikan Seni Visual dengan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi borang soal selidik. Analisis deskriptif kajian menunjukkan persediaan, imaginasi, perkembangan, dan tindakan mempengaruhi amalan kreativiti guru. Persediaan memberikan kesan positif pada penyediaan alatan pengajaran, imaginasi menggalakkan idea berterusan, perkembangan membolehkan modifikasi idea, dan tindakan memberikan pengaruh positif terhadap amalan kreativiti guru. Dalam tahap komitmen guru, analisis menunjukkan tingkat komitmen yang tinggi dalam pengetahuan, kemahiran, dan nilai. Ujian t tidak menemui perbezaan signifikan dalam amalan kreativiti dan komitmen guru berdasarkan jantina, menunjukkan kemampuan lelaki dan perempuan dalam menonjolkan amalan kreativiti dan komitmen kerja. Analisis korelasi Pearson pula mengesahkan hubungan yang signifikan antara amalan kreativiti dan komitmen guru Pendidikan Seni Visual, menunjukkan semakin kreatif seorang guru, semakin tinggi tingkat komitmennya. Kesimpulan kajian ini memberi pemahaman mendalam tentang hubungan amalan kreativiti dan komitmen kerja guru Pendidikan Seni Visual. Implikasinya termasuk cadangan kepada guru untuk meningkatkan amalan kreativiti dan komitmen kerja, serta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan strategi dan insentif yang sesuai. Terdapat limitasi kajian, termasuk kekangan masa dan kekurangan kajian berkaitan dengan hubungan amalan kreativiti dan komitmen guru. Sebagai cadangan penambahbaikan, kajian lanjutan boleh memfokuskan kepada pencapaian murid berdasarkan amalan kreativiti dan komitmen guru, serta menyelidiki faktor-faktor lain sebagai moderator. Kajian ini memberi sumbangan penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di Malaysia. Kata kunci: Amalan Kreativiti, Komitmen guru, Pendidikan Seni Visual

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: MUHAMMAD KHAIRULLAH BIN MUHAMMAD MA
Date Deposited: 25 Apr 2024 07:32
Last Modified: 16 Jul 2024 02:02
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44625

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item