Aeron, Nicolly and Tharshini, N. K. (2023) MENEROKA PEMAHAMAN PEKERJA WANITA MENGENAI TERMA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA : SATU KAJIAN DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. Jurnal Kemanusiaan, 21 (2). pp. 27-33. ISSN 2660-755X
PDF
MENEROKA.pdf Download (320kB) |
Abstract
Budaya kerja di organisasi banyak melibatkan pergaulan atau interaksi merentasi jantina yang boleh menimbulkan rasa terganggu menerusi percakapan mahupun tingkah laku seseorang individu yang dikenali sebagai gangguan seksual di tempat kerja. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual mendalam bagi mengumpul data berkaitan dengan pemahaman pekerja wanita mengenai terma gangguan seksual di tempat kerja serta faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan gangguan seksual di tempat kerja. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kesemua enam orang informan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan wanita yang berada dalam lingkungan umur 24 hingga 26 tahun. Dari aspek pendapatan pula, kesemua informan berpendapatan dalam lingkungan RM750 hingga RM900 sebulan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan faham mengenai terma gangguan seksual di tempat kerja akan tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai undangundang yang berkaitan dengan isu ini. Hasil kajian turut mendapati bahawa gangguan seksual berlaku di tempat kerja disebabkan pelbagai faktor yang berbeza seperti gaya pemakaian yang menjolok mata, perwatakan wanita yang lemah-lembut, penyalahgunaan kuasa, serta pengaruh rakan sekerja. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan agar memberikan perlindungan yang optimum kepada pekerja wanita supaya golongan ini terus dihormati dan diberi layanan yang baik di tempat kerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pemahaman, pekerja wanita, gangguan seksual, tempat kerja, Sarawak. |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 26 Mar 2024 04:21 |
Last Modified: | 26 Mar 2024 04:21 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44499 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |