Claudia Vica, Bandan and Norazuna, Norahim (2023) Kajian Awal Kekerabatan Bahasa Remun dan Iban Undop = A Preliminary Study of Linguistic Affiliation between the Remun language and Undop Iban language. Journal of Borneo-Kalimantan, 9 (1). pp. 13-25. ISSN 2289-2583
PDF
Kajian Awal.pdf Download (372kB) |
Abstract
Bahasa Remun sering kali menarik minat pengkaji untuk meneliti aspek bahasanya kerana ciri linguistiknya yang agak berbeza daripada dialek-dialek Iban lain di Sarawak. Malah, ada pengkaji beranggapan varian Iban Remun ini berstatus “bahasa tersendiri” dan tidak menganggapnya sebagai dialek bahasa Iban. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap hubungan kekerabatan di antara bahasa Remun dengan varian Iban lain di Sarawak khususnya bahasa Iban Undop. Selain kaedah leksikostatistik iaitu perbandingan kosa kata asas bagi menentukan peratusan kognat di antara kedua-dua varian ini, kajian ini juga membuat perbandingan kosa kata tambahan dan ciri fonologi. Hasil kajian mendapati tahap peratusan kata berkognat di antara varian-varian ini ialah 94.7%. Ini bermakna bahasa Iban Remun dan Iban Undop mempunyai hubungan dialektal. Data kajian turut menunjukkan banyak persamaan dari segi inventori fonem dan lingkungan kehadiran fonem dalam kata. Berdasarkan perbandingan kosa kata tambahan pula, didapati banyak perbezaan di antara varian-varian ini yang boleh menjejaskan kesalingfahaman di antara penutur mereka. Kajian ini juga menyarankan perlu dijalankan kajian susulan yang menyelusuri sejarah penyebaran dialek bahasa Iban di Sarawak serta perbandingan lebih terperinci bahasa Remun dengan varian Ibanik di Kalimantan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Borneo, Ibanik, kekerabatan bahasa, leksikostatistik, Remun. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 06 Mar 2024 03:59 |
Last Modified: | 06 Mar 2024 03:59 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44435 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |