PENGALAMAN DAN CABARAN DALAM PEMBANGUNAN KORPUS LEKSIKAL KATA BAHASA TERANCAM

Norazuna, Norahim (2023) PENGALAMAN DAN CABARAN DALAM PEMBANGUNAN KORPUS LEKSIKAL KATA BAHASA TERANCAM. In: Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi Borneo (PALBORNEO), 25-26 Oct 2023, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS).

[img] PDF
PAL BORNEO 2023 - Copy.pdf

Download (29MB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pengalaman dan cabaran mendokumentasi data kosa kata bahasa Miriek. Sorotan kajian tentang penghasilan kamus dan korpus leksikal kata bahasa terancam turut dibincangkan. Bahasa Miriek merupakan salah satu bahasa terancam di Miri, Sarawak. Di Sarawak, tiga kluster bahasa terancam telah dikenal pasti, iaitu bahasa SelakoLara-Bia’, kluster bahasa Kajang dan kluster bahasa Baram. Dua bahasa sukuan Sarawak dilaporkan sudah pupus ialah Lelak dan Seru. Namun, kerja-kerja awal pendokumentasian bahasa-bahasa terancam ini masih belum banyak diusahakan dengan lebih terancang. Malah, deskripsi linguistik dan pembangunan korpus leksikal bahasa-bahasa sukuan di Sarawak masih perlu diusahakan lagi dengan lebih rancak. Literatur tentang dokumentasi bahasa tidak memberi satu model projek pendokumentasian bahasa yang efektif untuk bahasa terancam. Namun, suatu projek dokumentasi bahasa seperti pembangunan kosa kata bahasa terancam harus dapat dimanfaatkan untuk pemulihan dan kelestarian bahasa tersebut. Justeru, pendokumentasian bahasa harus sistematik dan memerlukan perancangan yang teliti. Dalam pendokumentasian bahasa terancam, usaha menghasilkan kamus digital merupakan salah satu langkah awal yang boleh diusahakan untuk membangun data korpus bagi tujuan deskripsi sistem bahasa. Data kosa kata bahasa Miriek dengan 1200 entri ini dikumpul di lapangan disimpan dalam WeSay, perisian yang mudah yang diwujudkan oleh Summer Institute of Linguistics untuk membantu komuniti menghasilkan kamus. Perisian ini turut menyimpan data yang boleh digunakan untuk analisis fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Miriek. Pembangunan kamus digital ini masih diteruskan, dan deskripsi sistem linguistik bahasa ini sedang usahakan.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: korpus bahasa, bahasa terancam, dokumentasi bahasa, deskripsi linguistik.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 05 Jan 2024 01:14
Last Modified: 05 Jan 2024 01:14
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44018

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item