Rosnah, Mustafa and Azizan Heart, Yusuf (2023) Ancak di Sarawak : Satu Interpretasi Makna. In: Rampak Serantau. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam., Negara Brunei Darussalam, pp. 329-348. ISBN 978-99917-88-65-4
PDF
Ancak di Sarawak_ Satu Interpretasi Makna_2023.pdf Download (1MB) |
Abstract
Negeri Sarawak yang berkeluasan kira-kira 125,000km persegi mempunyai keunikan dari segi penduduknya yang berbilang kaum serta bahasa dan dialek yang beraneka dan keindahan adat resam warisan turun temurun yang melambangkan jati diri dan pandangan dunia (world view). Dalam kepelbagaian seni warisan dan adat resam ini terdapat satu upacara tradisional masyarakat Melayu di Bumi Kenyalang yang mungkin jarang dibicarakan secara terbuka, dikenali sebagai “Ancak”. Secara umumnya dengan kedatangan Islam, banyak upacara yang bertentangan dengan ajaran agama telah ditinggalkan atau atau dilupakan, termasuk upacara ancak ini. Namun masih terdapat segelintir masyarakat Melayu Sarawak di kawasan pedalaman yang percaya bahawa sesuatu tempat atau kawasan mempunyai penunggu yang harus dipersembahkan dengan aneka ‘hadiah’ untuk menunaikan sesuatu hajat. Makalah ini mengupas makna dan kepentingan objek yang digunakan dalam upacara ancak ini. Temubual bersama 10 penduduk kampung yang pernah ataupun masih mengamalkan upacara ancak ini mendapati setiap objek yang digunakan dalam upacara tersebut mempunyai fungsi dan makna tersendiri, mengikut kepercayaan turun temurun. Walaupun dengan kedatangan Islam ramai yang telah meninggalkan amalan yang dianggap syirik dan bertentangan dengan ajaran agama ini, namun perkongsian makna amalan ini untuk perbincangan dan pendokumentasian akademik penting bagi mengingati warisan nenek moyang yang makin pupus dan dilupakan oleh generasi muda.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Amalan tradisional, adat resam, Melayu Sarawak, ancak, pendekatan semiotik. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Mustafa |
Date Deposited: | 21 Dec 2023 06:57 |
Last Modified: | 21 Dec 2023 06:57 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/43819 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |