Siti Haslina, Hussin and Nur Hazwani, Abu Bakar (2023) Motivasi dan Penggunaan Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). TRENDS IN UNDERGRADUATE RESEARCH, 6 (1). f32-41. ISSN 2637-093X
PDF
Motivasi.pdf Download (171kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motivasi dan penggunaan Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok dalam kalangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Data untuk kajian deskriptif diperoleh daripada 100 orang pelajar yang mengisi borang soalselidik secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan responden memilih Tiktok sebagai platform yang paling utama digunakan. Namun, Twitter adalah platform yang paling memenuhi motivasi pelajar menggunakan media sosial. Motivasi pelajar untuk menggunakan media sosial ialah dokumentasi kendiri dan ekspresi kendiri adalah tertinggi. Pengaruh daripada pertambahan jumlah pengikut mendorong pengguna untuk mendedahkan dan berkongsi tentang diri mereka kepada pengguna lain. Tidak ramai pelajar dimotivasi oleh konstruk hiburan dan kemudahan untuk menggunakan media sosial. Terdapat perbezaan ketara dalam penggunaan media sosial antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki lebih gemar menggunakan Instagram berbanding pelajar perempuan yang lebih mengutamakan penggunaan Facebook dan Tiktok. Kebanyakan pelajar menggunakan media sosial melebihi lima jam sehari. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa ciri Twitter sebagai microblog boleh digunakan di dalam proses pembelajaran. Pertambahan responden dari pelbagai institusi dan pertambahan media sosial untuk dikaji dicadangkan untuk kajian masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, media sosial, motivasi, penggunaan. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Hussin |
Date Deposited: | 14 Dec 2023 06:12 |
Last Modified: | 14 Dec 2023 06:12 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/43698 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |