Juwita, Zaidi Kemudahan Masjid di Kuching Sarawak Daripada Persepsi Pengguna: Analisis Daripada Perspektif Pengurusan Fasiliti. UNSPECIFIED thesis, UNSPECIFIED.
PDF
Thesis Master_ Juwita Zaidi.ftext.pdf Restricted to Repository staff only Download (5MB) | Request a copy |
|
PDF
Thesis Master_ Juwita Zaidi - 24 pages.pdf Download (825kB) |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3942 / 3973 / 3933)
Juwita Zaid_dsva.pdf Restricted to Registered users only Download (337kB) | Request a copy |
Abstract
Pengurusan Fasiliti merupakan pendekatan bersepadu untuk memelihara, memperbaiki dan menyesuaikan bangunan organisasi untuk mewujudkan persekitaran yang sangat menyokong tujuan utama sesuatu organisasi. Kajian ini dibuat bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti isu berkaitan dengan kemudahan di masjid, menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang ditawarkan di masjid serta menilai sama ada kemudahan ditadbir dengan baik berpandukan garis panduan pengurusan fasiliti. Masjid Jamek Negeri Sarawak, Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid India Bandar Kuching (Masjid Terapung) merupakan lokasi kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Manakala, kaedah temu bual pula adalah bagi mencapai objektif yang ketiga. Target responden borang soal selidik adalah pengunjung yang datang ke masjid. Manakala responden bagi temu bual ialah AJK atau wakil masjid. Kaedah analisis deskriptif adalah bagi menganalisis data soal selidik yang diperoleh dan analisis eksplorasi pula adalah bagi menganalisis temu bual iaitu mengikut tema setiap soalan yang ditemu bual. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching mengaplikasikan garis panduan atau pun SOP pengurusan fasiliti. Garis panduan pengurusan fasiliti yang diaplikasikan adalah di bawah Pengurusan Aset dan Fasiliti, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Manakala, bagi Masjid India pula, masjid ini juga mempunyai garis panduan yang tersendiri dalam menguruskan fasiliti di masjid. Garis panduan tersebut adalah di bawah Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching.
Item Type: | Thesis (UNSPECIFIED) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengurusan Fasiliti, garis panduan, masjid, pengunjung, kemudahan fizikal |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | JUWITA BINTI ZAIDI |
Date Deposited: | 16 Jan 2024 08:20 |
Last Modified: | 16 Jan 2024 08:20 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/43038 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |