How Ping, HA (2023) Hubungan Antara Amalan Perancangan Strategik Sekolah Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Menengah Sarawak. Masters thesis, UNIMAS.
PDF
Ha How Ping_dsva.pdf Restricted to Repository staff only Download (543kB) | Request a copy |
|
PDF
Thesis master_Ha How Ping -24 pages.pdf Download (882kB) |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Ha How Ping ft.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perancangan strategik dan pencapaian murid sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan dan pengaruh antara perancangan strategik dengan pencapaian murid. Pemboleh ubah perancangan strategik kajian ini berdasarkan tujuh fasa proses dalam model Hairuddin dan Muhammad Bustaman (2009) yang diamalkan di sekolah. Manakala pemboleh ubah pencapaian murid merujuk kepada kemenjadian murid berdasarkan indikator dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 135 orang pengetua sekolah menengah kebangsaan dikenal pasti sebagai responden melalui pensampelan rawak strata. Data sampel sebanyak 130 diguna pakai dan diteruskan dengan analisis deskriptif dan inferensi melalui “IBM SPSS Statistics” versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap perancangan strategik sekolah kajian adalah sangat tinggi (min=4.29) dan tahap pencapaian murid keseluruhan adalah sangat tinggi (min=4.04). Keputusan ujian korelasi telah mendapati perancangan strategik mempunyai hubungan yang sederhana kuat dan signifikan dengan pencapaian murid (r=.515). Dapatan kajian juga menunjukkan setiap proses dalam perancangan strategik berkorelasi dengan pencapaian murid secara signifikan. Selain itu, keputusan ujian regrasi berganda menunjukkan perancangan strategik mempengaruhi pencapaian murid sebanyak 31.6%. Sehubungan itu, para pentadbir di setiap peringkat pengurusan pendidikan harus memberi perhatian sewajarnya terhadap perancangan strategik untuk mencapai matlamat organisasi terutamanya dalam aspek peningkatan prestasi murid.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Perancangan strategik, pencapaian murid, sekolah menengah kebangsaan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | HA HOW PING |
Date Deposited: | 31 Oct 2023 03:07 |
Last Modified: | 02 Dec 2024 07:08 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/43035 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |