PENGURUSAN ORGANISASI PERUSAHAAN PERIKANAN OLEH JURAGAN LAUT DALAM DI MALAYSIA

Norfatiha, Othman and Abdul Rahman, Abdul Latip and Nor Hayati, Sa'at and Nor Hanim, Awang @ Mohd Noor (2023) PENGURUSAN ORGANISASI PERUSAHAAN PERIKANAN OLEH JURAGAN LAUT DALAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MANAGEMENT STUDIES, 30 (2). pp. 523-552. ISSN 2232-1608

[img] PDF
PENGURUSAN.pdf

Download (355kB)
Official URL: https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/articl...

Abstract

Organisasi merupakan satu unit sosial yang mengandungi individu atau kumpulan yang mempunyai kebergantungan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat organisasinya. Bagi memastikan sesebuah organisasi mencapai matlamat yang diinginkan, kepengurusan dalam sesebuah organisasi atau perusahaan adalah penting. Begitu juga dalam perusahaan aktiviti penangkapan ikan laut dalam yang sering dikatakan tidak tersusun dan tiada organisasi. Justeru kajian ini bertujuan menjelaskan corak pengurusan organisasi aktiviti penangkapan ikan oleh juragan laut dalam. Kajian dilakukan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Semenanjung Malaysia, iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur iaitu Mersing. Responden kajian ini adalah seramai 17 orang, iaitu lima di Kelantan, tiga di Terengganu, enam di Pahang dan tiga di Mersing menerusi pendekatan kualitatif. Penemuan kajian menunjukkan juragan ini yang merupakan pengurus perusahaan mempunyai organisasi yang bersistematik dan teratur. Malah mereka boleh menyusun setiap ahli organisasi mengikut kepakaran bidang sama ada organisasi di darat mahupun organisasi di laut. Penemuan ini secara tidak langsung dapat menghuraikan kecelaruan kepada umum bahawa komuniti nelayan sebenarnya mempunyai perancangan dan pengurusan dalam menjalankan operasi tangkapan ikan. Kata kunci: Pengurusan nelayan, organisasi perikanan, industri perikanan, juragan laut dalam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Fishing activities, fishing organisation, fishing industry, deep-sea skippers, fishermen’s organisation.
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Awang@Mohd Noor
Date Deposited: 14 Aug 2023 08:13
Last Modified: 14 Aug 2023 08:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/42573

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item