Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 : Sokongan Terhadap Parti STAR Dan Perspektif Politik Etnik Kadazandusun

Affandy, Johon and Arnold, Puyok (2022) Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 : Sokongan Terhadap Parti STAR Dan Perspektif Politik Etnik Kadazandusun. Trends in Undergraduate Research, 5 (1). h9-h19. ISSN 2637-093X

[img] PDF
Pilihan Raya Negeri - Copy.pdf

Download (328kB)
Official URL: https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/arti...

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisa faktor-faktor yang mendorong kepada sokongan terhadap Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan pengaruh politik etnik Kadazandusun terhadap populariti STAR semasa Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 (PRN16). Dengan menggunakan pendekatan primordialisme dan instrumentalis, artikel ini menjelaskan bahawa faktor politik etnik Kadazandusun memainkan peranan yang agak signifikan terhadap sokongan kepada STAR. Selain daripada faktor politik etnik, populariti STAR juga didorong oleh kepimpinan dan personaliti pemimpin, pengaruh sokongan terhadap kerajaan persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN), isu berkaitan pendatang tanpa izin (PTI), dan Perjanjian Malaysia (MA63). Isu-isu ini berjaya dimainkan oleh pemimpin STAR dan sedikit sebanyak membantu melemahkan sokongan masyarakat Kadazandusun terhadap Pakatan Harapan (PH) terutamanya Warisan dan UPKO (United Progressive Kinabalu Organisation/Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu).

Item Type: Article
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Pilihanraya Negeri Sabah Ke-16, STAR, politik etnik, Kadazandusun.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Puyok
Date Deposited: 14 Mar 2023 01:14
Last Modified: 03 Apr 2023 07:59
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/41507

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item