Mohd Sham, Kamis and Siti Nasuha, Singki and Muhd Syahazizamir, Sahmat (2022) Pedagogi Pengajaran Dan Pembelajaran Terma Bahasa Arab Al-Khauf Dan Al- Raja Dalam Konteks Pendidikan Islam Ketika Pandemik. In: INTERNATIONAL COUNSELING CONVENTION 2022, 1st-4th November 2022, Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak.
PDF
Pedagogi.pdf Download (387kB) |
Abstract
Pelbagai pengalaman yang mencabar telah dihadapi khususnya bagi guru-guru yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ketika berlakunya era pandemik. Pendekatan ini telah digunakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap dilaksanakan sesuai dengan situasi yang dihadapi oleh pelajar secara khususnya. Situasi ini merupakan satu cabaran bagi guru-guru untuk memiliki dan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pengetahuan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar lebih-lebih lagi dalam era pandemik. Kajian literatur ini adalah untuk mengenal pasti cabaran dan solusi dalam pengajaran dan pembelajaran terma Bahasa Arab al-khauf dan al-raja dalam konteks pendidikan Islam semasa berlakunya pandemik. Beberapa kajian lepas telah dianalisis secara mendalam. Melalui kajian literatur tersebut, jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dalam era pandemik ini merupakan suatu cabaran bagi para pendidik untuk menghadapinya dengan berfikir sejenak, bertafakur dan mendapatkan solusi melalui cara output yang berkesan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dari analisis dokumen yang diperolehi juga menunjukkan terdapat beberapa solusi yang boleh diamalkan oleh para pendidik seperti memuatkan unsur- unsur kerohanian agar pelajar- pelajar memiliki sifat tawaduk dalam diri dengan mengenal Allah dan Rasul, amalan pengajaran kreatif, menggunakan pelbagai platform media sosial sebagai medium pengajaran dan pembelajaran alam maya semasa pandemik, pedagogi gabungan pengajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam dan beberapa kaedah yang boleh menarik minat pelajar memahami maksud dan istilah tersebut dengan mendalam.
Item Type: | Proceeding (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pengajaran, pembelajaran, Bahasa Arab al-khauf, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 19 Jan 2023 02:47 |
Last Modified: | 19 Jan 2023 02:47 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/41171 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |