Bakat Muda Sezaman 21, Seni Di Lokasi, Art On Site.(Katalog)

Amir Hassan, Mohd Shah and Hishamuddin, Siri and Hakimi, Halim and Mohd Zamhari, Abol Hassan (2022) Bakat Muda Sezaman 21, Seni Di Lokasi, Art On Site.(Katalog). Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. ISBN 9789670914534

[img] PDF
BMS buku.pdf

Download (10MB)
Official URL: https://www.artgallery.gov.my

Abstract

Bakat Muda Sezaman (BMS) pertama kali dianjurkan oleh Balai Seni Negara pada tahun 1974. Diilhamkan daripada pameran Young Contemporaries di London pada tahun 1960-an, ia diasaskan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pameran dan Pemerolehan Balali Seni Negara di awal tahun 1970-an. BMS sejak dari itu telah berperanan sebagai sebuah platform untuk mempamer dan mendedahkan karya artis muda di bawah umur 35 tahun kepada masyarakat umum. la diadakan dua tahun sekali. BMS merupakan satu mercu tanda penting dalam pembangunan seni di Malaysia dan sebuah acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat seni tanahair. Mulanya sebagai pertandingan dan pameran yang merai dan mempamer kepelbagaian ragam dalam ekspresi seni, lama kelamaan ia juga telah beransur meniadi platform untuk kajian tindakan dan penunjuk kepada aliran dan dinamika pasaran seni kontemporari. Ramai di kalangan pelukis terkenal di negara ini yang mula mencipta nama setelah mengasah bakat mereka dalam pertandingan BMS. BMS telah berkembang dengan pesat sejak lebih empat dekad yang lalu. la bermula sebagai pertandingan jemputan kepada 13 orang artis muda yang berbakat besar pada tahun 1974, tetapi pada tahun-tahun berikutnya, ia dibuka kepada semua artis muda. Pada tahun 1980. an, karya bertema diperkenalkan, pada tahus 1990-an juri antarabangsa dari negara-negara ASEAN dijemput, pada tahun 2000-an proses penjurian dua peringkat diperkenalkan, pada tahun 2010 makmal kurator dimulakan dan juri dari India dijemput datang. BMS21 ialah BMS pertama pada dekad 2020-an ini. Dengan tema 'Seni di Lokasi', edis terbaharu ini membawa perubahan yang radikal berbanding dengan norma lama. Lokasi di sini bermaksud mana-mana tempat dalam Malaysia selain BSN itu sendiri yang selama ini merupakan satu-satunva lokasi pameran bagi kesemua pertandingan BMS yang telah. dianjurkan dalam tempoh 47 tahun yang lepas. Kali ini seperti seruan tema, para peserto menghadapi cabaran untuk menghasilkan karya yang mengambil kira kehendak ruang,tempat dan bagaimana karya tersebut memberi impak kepada masyarakat setempat. Sebilangan pakar rujuk telah dilantik dan diberi peranan sebagai penasihat untuk membantu peserta BMS21 di negeri masing-masing, dan format baharu ini juga memerlukan juri membuat lawatan di lokasi dan melihat karya secara fizikal di mana saja ia berada di seluruh pelusuk tanah air semasa tempoh pertandingan. Hadiah yang ditawarkan ialah Anugerah Utama RM30,000, empat Anugerah Pilihan Juri RM15,000 setiap satu, tiga Anugerah Pilihan Pelawat - Dalam Talian (RM2,500, RM1,500 dan RM1,000), tiga Anugerah Pilihan Pelawat - Di Lokasi (RM2,500, RM1,500 dan RM1,000) dan lima Bakat Kepujian (Honourable Mentions).

Item Type: Book
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Siri
Date Deposited: 19 Dec 2022 03:40
Last Modified: 19 Dec 2022 03:40
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40918

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item