Sisa Pepejal dan Pengurusan Hijau

Devagi, Kanakaraju (2022) Sisa Pepejal dan Pengurusan Hijau. UNIMAS Publisher, PPKS Production Sdn. Bhd.. ISBN 978-967-0054-08-7

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Sisa Pepejal dan Pengurusan Hijau; 5pgs.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Alam semula jadi merupakan ciptaan Tuhan yang sangat bernilai dan manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memuliharanya. Namun demikian, alam sekitar semakin terancam disebabkan oleh keghairahan mengejar arus pembangunan, pemodenan, harta benda dan sikap acuh tidak acuh oleh segelintir manusia. Salah satu contoh yang paling ketara ialah penghasilan sisa atau sampah oleh individu di setiap pelusuk dunia. Sisa atau sampah telah menjadi aspek yang penting dalam kehidupan harian setiap individu. Ianya tidak dapat dipisahkan daripada diri kita. Semestinya, penghasilan sisa harus diseimbangkan dengan tabiat pengurusan sisa. Pengurangan dan pengurusan sisa penting untuk merealisasikan konsep pengurusan hijau dan kelestarian alam sekitar. Setiap insan perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menguruskan sisa yang dihasilkan bagi memastikan bumi ciptaan Tuhan yang Maha Esa ini selamat, terpelihara dan terpulihara serta terjamin kesejahteraannya untuk manusia sejagat dan juga generasi yang akan datang. Matlamat utama buku ini adalah sebagai panduan mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan sisa dan hijau. Pengurusan sisa secara sistematik, efisien dan lestari dapat menjamin kehijauan dan keaslian muka bumi ini. Di samping itu, kehijauan dan kelestarian alam sekitar juga secara langsung mendatangkan pelbagai nikmat dan manfaat kepada semua individu. Masyarakat seluruhnya, sama ada kanak-kanak mahupun golongan tua perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam pengurusan sisa. Ini akan membantu mereka mengambil langkah yang betul dalam menguruskan sisa sama ada sisa pepejal atau bahan yang boleh dikitar semula dengan cara yang betul. Buku ini dibahagikan kepada lima bab. Bab 1 memberikan gambaran tentang keseriusan isu penghasilan dan pembuangan sisa secara amnya. Pengenalan kepada sisa pepejal, kadar penghasilan sisa tersebut dan faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan sisa diketengahkan dalam Bab 2. Takrifan sisa pepejal, komposisi sisa, kesan-kesan pengurusan sisa yang tidak efisien, cabaran-cabaran pengurusan sisa pepejal, contoh kajian kes, dan hubungkait di antara pengurusan sisa pepejal dengan Sasaran Pembangunan Lestari (SDGs) pula telah dibincangkan dalam Bab 3. Bab 4 pula menggariskan aspek-aspek mengenai kitar semula seperti bahan-bahan yang boleh dikitar semula, dan cabaran-cabaran utama yang menjadi halangan kepada kejayaan kitar semula di Malaysia. Bab ini juga memfokuskan kepada plastik yang merupakan antara sisa yang paling banyak dihasilkan, pencemaran plastik dan mikroplastik serta isu penggunaan pelitup muka. Bab yang terakhir iaitu Bab 5 mengupas konsep atau kaedah pengurusan hijau, dasar teknologi hijau negara, konsep pengomposan dan pengomposan Takakura, dan projek penghijauan komuniti dan pembangunan komuniti.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Waste products, Recycling, Salvage, green technology.
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > Q Science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Depositing User: Kanakaraju
Date Deposited: 19 Dec 2022 01:47
Last Modified: 22 Mar 2024 08:28
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40909

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item