Refleksi Diri Tahun Baharu

Hamrila, Abdul Latip (2022) Refleksi Diri Tahun Baharu. [Newspaper Cutting]

[img] PDF
refleksi tahun baharu Jan2022.pdf

Download (472kB)
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Dalam konteks pengurusan, cabaran persekitaran bukan sahaja berkisar dengan perubahan-perubahan besar bersifat global seperti ekonomi, teknologi, politik dan sebagainya. Pelbagai permasalahan yang perlu diuruskan dengan tenang tetapi harus sentiasa waspada. Antara perkongsian yang sering dibincangkan adalah cabang-cabang pengurusan perubahan. Teori Lewin misalnya, memperkatakan tentang tahap-tahap penyesuaian perilaku terhadap perubahan. Ianya cenderung dikaitkan dengan perubahan penambahbaikan yang positif, khususnya dalam memahami strategi menangani tentangan akibat kebiasaan dalam organisasi. Namun dalam situasi yang lebih kompleks, wujudnya perubahan dan tekanan berganda dalam persekitaran dan masa yang sama. Sekiranya perniagaan atau usahasama niaga telah tergolong dalam kategori bermasalah, pelajarilah dan kenalpasti bagaimana agaknya pilihan atau cara-cara yang sebaiknya untuk mudarat yang lebih besar dapat dikurangkan. Ianya juga akan menjurus kepada keupayaan kita untuk beralih pada langkah ‘survival’ yang seterusnya. Pengurusan perubahan juga silibusnya merangkumi ketahanan terhadap kegetiran sama ada yang boleh dijangka mahupun luar jangka. Di sinilah juga jawapan bagi persoalan tentang bezanya yang susah-payah dengan yang beroleh dengan mudah. Pada saatnya dugaan getir tiba, tidak semua mampu bertahan dengan lapang dada. Realitinya, keupayaan menangani perubahan itu lebih luas membawa makna yang unik dan tersendiri dalam perjalanan kehidupan setiap individu.

Item Type: Newspaper Cutting
Uncontrolled Keywords: Refleksi diri
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 12 Dec 2022 02:20
Last Modified: 12 Dec 2022 02:20
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40761

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item