Hamrila, Abdul Latip (2021) Menara gading mesra komuniti. [Newspaper Cutting]
|
Image
Article 20.jpg Download (249kB) | Preview |
Abstract
Di peringkat individu dan organisasi, masing-masing cuba membantu proses ini dengan menawarkan bantuan tenaga, tempat dan sumber kapasiti yang ada. Salah satu langkah proaktif yang membuka mata dalam usaha menjayakan program vaksinasi mega ini adalah inisiatif universiti melaksanakan peranan sebagai salah satu PPV. Ya, hari ini menara gading juga kreatif, transformasi dalam memanfaatkan sumber keupayaannya seiring dengan keperluan situasi. Inilah contoh kontemporari bagi memahami erti sebuah pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dalam usaha mengekang pandemik ini, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah menempa sejarah tersendiri. Bermula 13 Jun 2021, PPV Unimas telah bermula menabur bakti kepada masyarakat setempat. Kapasiti sumber difokuskan kepada penyediaan sistem, susun atur logistik serta tenaga kerja bagi PPV Unimas secara sistematik. Persediaan rapi dibuat dalam usaha memastikan kemudahan yang selesa, sama ada pihak penerima vaksin mahupun petugas yang memberikan khidmat. Pihak keselamatan dan polis bantuan juga sentiasa memastikan keseluruhan proses bukan sahaja berjalan lancar tetapi juga dalam suasana patuh SOP.
Item Type: | Newspaper Cutting |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Abdul Latip |
Date Deposited: | 07 Dec 2022 01:34 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 08:23 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40706 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |