Kepentingan Memahami Konsep Halalan Tayyiban dalam Aspek Keselamatan Makanan di Kalangan Mahasiswa Muslim: Pandangan daripada Perspektif Maqasid Syariah Memelihara Nyawa

Khairul Effendi, Hashim and Nasharuddin, Mohammad and Mohd Sham, Kamis (2022) Kepentingan Memahami Konsep Halalan Tayyiban dalam Aspek Keselamatan Makanan di Kalangan Mahasiswa Muslim: Pandangan daripada Perspektif Maqasid Syariah Memelihara Nyawa. Journal of Management & Muamalah, 12 (2). pp. 1-11. ISSN 2180-1681

[img] PDF
Kepentingan Memahami Konsep Halalan Tayyiban.pdf

Download (270kB)
Official URL: https://jmm.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/v...

Abstract

Kepentingan memahami konsep halalan tayyibanmerupakan suatu kewajipan kepada setiap individu muslim. Kepentingan terhadap kefahaman ini tidak terkecuali kepada golongan mahasiswa muslim di pusat-pusat pengajian tinggi dalam negara. Faktor kesuntukan masa dan produk tularantara punca mahasiswa cenderung untuk mendapatkan makanan dengan cepat, pantas, sedap dan mengikuttrendterkini.Makanan yang menepati kriteria halalan tayyibandapat memenuhi keperluan badan bagi mengekalkan kesihatan dan terhindar daripada penyakit. Kurang kefahaman dan ilmu berkaitan keselamatan makanan akan memberi implikasi negatif terhadapkonsep halalan tayyibanyang boleh mengancam nyawa dan menjejaskan kesihatan.Konsep halalan tayyiban merangkumi aspek memelihara nyawa yang menjadi antara teras utama maqasid syariah. Maqasid syariah merupakan objektif pensyariatan hukum telah memberi kesan langsung kepada aspek keselamatan makanan dalam memelihara nyawa daripadasudut kesihatan badan.Kajian ini bertujuan untuk melihat kepentingan kefahaman tentang konsep halalan tayyibandi kalangan mahasiswa dalam memenuhi keperluankeselamatan makanan yang memberi impak kepada kesihatantubuh,kemudian faktor ini dilihat dari sudut pandang maqasid syariah memelihara nyawa. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metode analisis kandungan dengan pengumpulan datayang terdiri daripada kitab, buku, dokumen, jurnal dan laman sesawang agensi yang terlibat. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode tematik melalui pendekatan induktif bagi mencapai objektif kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepentinganmahasiswa untuk memahami konsep halalantayyibankerana mempunyai kesan langsung kepada objektif syariah (maqasid syariah) memelihara nyawa yang dapat menjaga kepentingan tubuh daripada sudut keselamatan dan kesihatan. Oleh itu, para pelajar disarankan sentiasa meningkatkan kefahaman tentang halal dan tayyib terutama dalam pemakananyang memberi kesanlangsungkepada kesihatan badandan keselamatan nyawa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Halalan Tayyiban; Keselamatan Makanan; Maqasid Syariah; Memelihara Nyawa
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 06 Dec 2022 02:19
Last Modified: 06 Dec 2022 02:40
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40694

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item