Hamrila, Abdul Latip (2022) Rancang, selia, pandu dan pantau. [Newspaper Cutting]
PDF
Rancang selia pandu pantau Mei2022.pdf Download (551kB) |
Abstract
Pasaran import makanan terbuka dijangka akan meningkatkan kecekapan ekonomi Malaysia. Ianya boleh menggalakkan persaingan import, mengurang monopoli pasaran, pengembangan perniagaan yang akan menghasilkan kos yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, pemantauan terhadap harga agrokomoditi tempatan berbanding harga import perlu dibuat bagi memastikan daya saing sektor perladangan dan pertanian agromakanan terjaga untuk kemandirian ekonomi dan sara diri makanan secara jangka panjang. Dari sudut pengurusan secara spesifik, kita kembali menilai strategi dan tindakbalas dalam menghadapi krisis ini berdasarkan empat konsep asas dalam ilmu pengurusan iaitu rancang-selia-pandu-pantau. Di peringkat nasional, kita melihat langkah yang diambil oleh kementerian, agensi dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung disasarkan kepada pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelakkan krisis makanan menjadi semakin meruncing. Rasa bimbang semata-mata tidak cukup untuk kita menzahirkan tindakan pantas menghadapi keadaan yang berkemungkinan semakin meruncing. Informasi yang diperolehi harus menjadi asas untuk kita merancang, menilai dan mengawal perbelanjaan untuk kelangsungan jangka panjang.
Item Type: | Newspaper Cutting |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | UNIMAS News |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Abdul Latip |
Date Deposited: | 06 Dec 2022 02:58 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 08:17 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40688 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |