Rusli, Ahmad and Surena, Sabil and Sopian, Bujang (2022) PANDEMIK COVID-19 : REALITI KEGUSARAN PEKERJA BERKAITAN JAMINAN DARI PEKERJAAN. In: STANDING ALONE TOGETHER: MANAGING THE PARADOX. PERKAMA INTERNATIONAL PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA ANTARABANGSA, Kajang, Selangor, pp. 211-233. ISBN 978-967-16004-5-0
PDF
PANDEMIK COVID-19 - Copy.pdf Download (430kB) |
Abstract
Pandemik COVID-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak yang besar terhadap kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Wabak ini telah menimbulkan perasaan takut dan keresahan seluruh masyarakat dunia apabila hasil kajian mendapati bahawa wabak ini boleh berjangkit daripada seseorang individu ke individu lain dengan cepat melalui titisan cecair dan sentuhan. Pandemik COVID-19 telah banyak memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pekerjaan dan kadar pengangguran juga telah menunjukkan trend peningkatan. Kesannya amat menyeluruh terhadap skala dan jenis pekerjaan serta tiada satu pun yang terkecuali. Terdapat perniagaan yang terpaksa ditutup atau diisytiharkan bankrap dan pelbagai jenis skim pemberhentian atau pembuangan pekerja terpaksa dijalankan. Ada juga sesetengah pekerja yang masih berjuang berhabishabisan agar kekal dalam konteks perkhidmatan dan perniagaan yang mereka jalankan. Untuk itu kekuatan dari kepelbagaian kecerdasan adalah diperlukan. Pelbagai pihak berfikir secara serius dan mencari formula terbaik bagi membantu pekerja-pekerja yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Additional Information: | COVID-19 |
Uncontrolled Keywords: | COVID-19, kesihatan, keselamatan, ekonomi, sosial, sektor pekerjaan, kadar pengangguran, faktor. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 01 Dec 2022 02:36 |
Last Modified: | 01 Dec 2022 02:36 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40607 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |