Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) Di Dalam Merawat Masalah Ketagihan Pornografi : Satu Kajian Kes

Nur Hikmah, Mubarak Ali and Muhammad Baqir, Abdullah and Samsiah, Jayos (2022) Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) Di Dalam Merawat Masalah Ketagihan Pornografi : Satu Kajian Kes. UniSHAMS SDN. BHD. ISBN 978-967-2842-85-9

[img] PDF
Intervensi.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini mengenai satu kajian kes yang mengaplikasikan Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) untuk membantu individu yang terlibat dengan ketagihan pornografi dan masih dalam proses pemulihan diri. Pornografi merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima dalam kehidupan seharian kerana perbuatan tersebut tidak hanya dilarang dari sudut etika moral tetapi turut dilarang di sisi agama. Pornografi juga dijadikan salah satu bentuk eksploitasi seksual yang diperdagangkan. Perlaksanaan undang-undang serta penggunaan perisian penapis internet dilihat bukanlah penyelesaian mutlak kepada isu pornografi. Satu modul atau intervensi perlu dibina bagi membantu individu yang terlibat dengan ketagihan pornografi dapat melakukan pemulihan secara kendiri dan bantuan pakar seperti kaunselor. Metodologi dan reka bentuk kajian adalah kualitatif dan satu bentuk kajian kes dimana seorang responden telah ditemubual hasil dari sesi kaunseling yang telah dijalani sebelum menjadi responden kajian ini. Kajian ini membentuk beberapa tema yang merupakan punca, kesan dan intervensi ketagihan pornografi. Analisa kajian juga mendapati masih ada kesan ketagihan pornografi yang menganggu pemikiran responden di dalam menjalani kehidupan seharian. Faktor-faktor ini juga boleh digunakan untuk membantu para kaunselor merumuskan strategi-strategi pendekatan Islam yang berkesan untuk membantu kes ketagihan seperti ini sama ada pada peringkat perlindungan, pencegahan atau pemulihan. Cadangan kajian akan datang supaya kajian lebih memfokus kepada mencari lebih pendekatan atau modul yang boleh digunakan sebagai satu intervensi hasil dari teori dalam kaunseling konvensional dan perspektif Islam iaitu Teori Kognitif Tingkah Laku Islam serta dilaksanakan dalam bentuk kelompok.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Ketagihan, Pornografi, Teori Kognitif Tingkah Laku Islam.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 29 Nov 2022 02:30
Last Modified: 11 Oct 2023 01:59
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40557

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item