PEMBELAJARAN ATAS TALIAN : MOTIVASI AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU DI UNIVERSITI

Ross Azura, Zahit (2022) PEMBELAJARAN ATAS TALIAN : MOTIVASI AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU DI UNIVERSITI. In: STANDING ALONE TOGETHER: MANAGING THE PARADOX. PERKAMA INTERNATIONAL PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA ANTARABANGSA, pp. 95-107. ISBN 978-967-16004-5-0

[img] PDF
Pembelajaran atas - Copy.pdf

Download (435kB)

Abstract

Wabak COVID-19 telah memberi kesan besar bukan sahaja kepada ekonomi malah emosi dan psikologi kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pelajar universiti, khususnya, turut dilaporkan mengalami kesan psikologi apabila terpaksa melalui pembelajaran dalam talian akibat pandemik COVID-19. Maka, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami motivasi akademik, sama ada intrinsik mahupun ekstrinsik di kalangan para pelajar tahun satu yang terpaksa mengikuti sesi pembelajaran dalam talian sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 159 orang pelajar tahun satu dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengisi penilaian “Academic Motivation Scale” (Wabash National Study Instruments, 2020) menerusi Google Form secara dalam talian. Secara ringkasnya, hasil kajian ini mendapati bahawa para pelajar mempunyai motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang tinggi walaupun ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi mereka. Namun begitu, pengalaman akademik yang kurang menyeronokkan turut mempengaruhi motivasi akademik pelajar. Perbincangan dan cadangan penambaikkan bagi mengatasi isu ini turut dijelaskan di akhir kajian ini.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: COVID-19
Uncontrolled Keywords: pandemik COVID-19, emosi dan psikologi, pembelajaran dalam talian, motivasi akademik, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Gani
Date Deposited: 23 Nov 2022 07:21
Last Modified: 23 Nov 2022 07:21
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40520

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item