IDENTITI MENERUSI MEDIA SOSIAL: KONSTRUKSI, KONTEKS DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK PENGETAHUAN

Jamilah, Maliki and Normah, Mustaffa and Mohd Nor Shahizan, Ali and Mus Chairil, Samani (2022) IDENTITI MENERUSI MEDIA SOSIAL: KONSTRUKSI, KONTEKS DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK PENGETAHUAN. Jurnal Komunikasi Borneo (JKOB), 10 ((June)). pp. 71-86. ISSN 2289-859X

[img] PDF
IDENTITI MENERUSI - Copy.pdf

Download (106kB)
Official URL: https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/iss...

Abstract

Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian yang memaparkan identiti pilihan mereka. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan termasuk orang yang tidak dikenali. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa individu mengkonstruk identiti dalam talian yang berbeza untuk memenuhi interaksi sosial yang berbeza. Kajian ini dijalankan untuk menyelidik hubungan antara keupayaan pengetahuan individu dengan konstruksi identiti dalam talian dalam kalangan pengguna media sosial. Facebook telah dipilih sebagai bahan kajian memandangkan ia mempunyai jumlah pengguna laman sosial terbesar dalam kalangan penuntut di institusi pengajian tinggi serta merupakan media sosial yang paling popular dalam kalangan golongan muda. Tinjauan telah dijalankan terhadap 391 responden yang merupakan pengguna aktif Facebook. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetahuan dengan konstruksi tiga jenis identiti dalam talian. Set pengetahuan yang berbeza digunakan oleh pengguna-pengguna Facebook untuk mengkonstruk identiti dalam talian seperti identiti sebenar, identiti unggul dan identiti samaran. Justeru, kajian ini mengesahkan peranan pengetahuan dalam mempengaruhi konstruksi identiti dalam talian bagi ketiga-tiga identiti yang dikenal pasti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: konstruksi identiti, identiti dalam talian, identiti sebenar, identiti samaran, identiti unggul, identity construction, online identity, real identity, ideal.
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Maliki
Date Deposited: 25 Oct 2022 03:54
Last Modified: 10 Oct 2023 07:35
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40252

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item