Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano ke atas sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat di Telok Melano

Chong, Shin and Dilah, Tuah and Yusriadi, . (2022) Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano ke atas sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat di Telok Melano. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 18 (1). pp. 71-86. ISSN 2682-7727

[img] PDF
Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano.pdf

Download (228kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/49589

Abstract

Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau (Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano telah pun dibuka pada Januari 2019. Makalah ini tertumpu pada menganalisis impak pembukaan jajaran tersebut kepada aspek sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk di Telok Melano. Tinjauan pustaka mendapati bahawa Telok Melano asalnya merupakan sebuah enklaf terasing dan kajiankajian lepas hanya melaporkan keadaan sosioekonomi dan masyarakat sebelum tahun 2019. Susulan pembukaan jajaran baharu ini, masyarakat tempatan mula berinteraksi secara aktif dengan luar dan sektor ekopelancongan semakin berkembang. Namun demikian, belum ada kajian ilmiah terkini yang menjurus pada perubahan-perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan pemerhatian ikut serta untuk memperoleh data kualitatif. Seramai 20 orang responden telah diwawancarai untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa pembukaan jajaran ini telah mempertingkatkan infrastruktur asas terutamanya bekalan elektrik dan air, serta sekaligus membangunkan industri ekopelancongan di kawasan Telok Melano. Dalilnya dapat ditinjau pada kajian kes ke atas program perusahaan inap desa di kawasan ini. Sesungguhnya, perusahaan ini telah mengalami transformasi yang drastik dengan kemudahan asas ini. Dari segi impak ke atas sosiobudaya, kajian ini mendapati bahawa isu keterhakisan budaya adalah suatu fenomena yang berterusan dan telahpun berlaku sebelum adanya jajaran baharu ini. Namun demikian, selepas pembukaan jajaran ini, proses keterhakisan bertambah rancak dan cepat. Secara ringkas, kajian ini telah berjaya merungkai tahap awal perubahan sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat Telok Melano selepas jalan darat baharu ini siap dibina.

Item Type: Article
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Impak, jajaran Sematan-Telok Melano, Lebuh Raya Pan Borneo, sosiobudaya, sosioekonomi.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 24 Oct 2022 02:37
Last Modified: 12 Oct 2023 03:12
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40242

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item