RESPONS PUJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BERDASARKAN GENDER

Muhammad Syukarmie bin Hang Tuah, - (2022) RESPONS PUJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BERDASARKAN GENDER. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
FYP_MuhdSyukarmie - 24 pages.pdf

Download (357kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Muhd Syukarmie.pdf
Restricted to Registered users only

Download (634kB)

Abstract

Respons yang diberikan oleh penerima pujian menjadi tumpuan utama dalam melihat adab, budaya dan peribadi mereka. Generasi muda masa ini mengalami transisi zaman yang banyak mengubah mereka. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk untuk mengkaji dan menganalisis perbandingan respons mahasiswa UNIMAS berdasarkan gender terhadap strategi pujian yang diberikan. Pengkaji meletakkan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan mengklasifikasikan lakuan respons mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak berdasarkan Herbert (1990) dan menganalisis perbezaan respons terhadap pujian dalam kalangan mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan UNIMAS. Kajian ini merupakan kajian deskriptif kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik yang menyenaraikan 20 soalan dan memerlukan responden sebanyak 100 orang mahasiswa lelaki dan 100 orang mahasiswa perempuan UNIMAS Tahun 3. Pengkaji mendapati mahasiswa UNIMAS Tahun 3 kerap memberi respons dengan menerima pujian atau bersetuju dengan pujian yang diberikan kepada mereka. Berdasarkan gender pula, kedua-dua gender mahasiswa UNIMAS memberikan kategori respons yang sama, iaitu kategori penerimaan atau bersetuju dengan pujian dengan peratusan masing-masing 81.25% dan 85.30%. Berdasarkan dapatan, pengkaji menyimpulkan tidak terdapat perbezaan cara mahasiswa memberikan respons terhadap pujian.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: lakuan respons pujian, perbezaan respons berdasarkan gender
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 22 Sep 2022 03:41
Last Modified: 11 Jan 2024 08:38
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39929

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item