Muhammad Zawawi bin Tuah, - (2022) Makna Tersirat Dalam Lagu “Hakikat Sebuah Cinta” dan “Suci Dalam Debu”:Analisis Semantik Inkuisitif. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF
FYP_MuhammadZawawi - 24 pages.pdf Download (273kB) |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Muhammad Zawawi.pdf Restricted to Registered users only Download (644kB) |
Abstract
Semantik inkuisitif merupakan satu bidang kajian yang mampu menganalisis dan menghuraikan makna sebenar sesuatu ujaran dengan melihat kepada akal budi penuturnya. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif yang mengkaji kiasan-kiasan Melayu seperti peribahasa dan simpulan bahasa. Namun, masih kurang kajian yang mengkaji makna disebalik lirik lagu. Disebalik penggunaan ayat dalam lirik lagu, pasti mempunyai makna-makna yang berimplisit, yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat makna tersirat dalam lagu dari perspektif linguistik khususnya semantik inkuisitif serta mentafsirkan dan memahami lirik dalam lagu yang dipilih secara lebih mendalam, dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif oleh Norhasimah Jalaluddin (2014) melalui tiga tahap penganalisisan. Kajian ini berbentuk kualitatif sepenuhnya melalui penggunaan data dua buah lagu iaitu “Hakikat Sebuah Cinta” dan “ Suci Dalam Debu”. Kesemua data yang dipilih telah dianalisis dalam 3 tahap iaitu semantik skrip (makna harfiah), semantik resonans (makna kognitif) dan akhirnya semantik inkuisitif (akal budi penutur). Kajian ini akan memberikan kefahaman yang lebih lanjut dan tepat mengenai makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik untuk pedoman semua.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | semantik inkuisitif, lirik lagu |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies |
Depositing User: | John |
Date Deposited: | 22 Sep 2022 03:41 |
Last Modified: | 11 Jan 2024 08:37 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/39927 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |