Khazmimi Fatihah binti Ibrahim, - (2022) Laras Bahasa Agama : Satu Kajian Leksikal dan Morfologi. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF
10.FYP_Khazmimi - 24 pages.pdf Download (252kB) |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
10.FYP_Khazmimi - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (657kB) |
Abstract
Kajian yang bertajuk “Laras Bahasa Agama : Satu Kajian Leksikal dan Morfologi” ini akan meneliti penggunaan leksikal dan morfologi berdasarkan Buku Muhammad Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan (MIPSPD) karya Kamilin Jamilin (2020). Laras sesuatu bahasa dapat ditentukan melalui pemilihan leksikal yang menyentuh bidang yang dibincangkan. Objektif dalam pelaksanaan kajian ini adalah untuk mengenal pasti leksikal laras bahasa agama dalam buku MIPSPD dan menganalisis laras bahasa agama dari aspek morfologi menggunakan Teori Leech & Short (1981). Kajian ini akan memfokuskan kepada pembentukan kata iaitu kata tunggal, kata terbitan imbuhan awalan, kata ganda tanpa imbuhan dan kata majmuk. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan analisis teks MIPSPD. Berdasarkan kajian, terdapat empat kategori dalam Leech dan Short (1981) iaitu dari segi leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa dan ketenunan dan konteks. Namun menerusi kajian yang dibuat ini, pengkaji mendapati bahawa hanya aspek leksikal dan tatabahasa sahaja difokuskan. Terdapat beberapa leksikal laras bahasa agama yang ditemui dalam buku MIPSPD bagi menjawab objektif yang pertama dan kemudian dipecahkan mengikut pembentukan kata bagi menjawab objektif yang kedua. Data kajian adalah berdasarkan buku Muhammad insan paling sempurna pernah dilahirkan yang diterbitkan pada tahun 2020. Kajian yang berbentuk kualitatif deskriptif ini akan menggunakan teori Leech dan Short (1981) yang menggariskan 4 aspek untuk dilihat dalam laras bahasa iaitu leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa serta ketenunan serta konteks. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa wujud leksikal-lekasikal laras bahasa. Analisis berkaitan dengan pembentukan laras bahasa agama telah diselaraskan mengikut Teori Leech dan Short (1981)
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | laras bahasa, leksikal, morfologi, Teori Leech dan Short (1981) |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies |
Depositing User: | John |
Date Deposited: | 09 Sep 2022 08:47 |
Last Modified: | 11 Jul 2023 09:17 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/39609 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |