ENYCOROTHY TINGGAI, - (2022) TAHAP KESALINGFAHAMAN ANTARA BAHASA KENYAH BADENG DENGAN KENYAH UMA BAKAH. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Enycorothy Tinggai ft.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Bahasa Kenyah merupakan antara etnik terbesar dalam kategori Orang Ulu. Menurut Asmah dan Norazuna (2020), terdapat lebih kurang 15 variasi bahasa Kenyah. Bahasa Kenyah Badeng merupakan salah satu daripada variasi Kenyah yang terdapat di Sarawak. Melalui sorotan kajian didapati bahawa kajian mengenai hubungan antara Bahasa Kenyah Badeng dengan Kenyah Uma Bakah belum pernah diteliti. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada hubungan di antara kedua- duanya bertaraf dialek atau bahasa. Untuk tujuan ini, kajian ini memanfaatkan kaedah perbandingan kosa kata dasar berdasarkan senarai 100 kosa kata asas Swadesh. Kaedah leksikostatistik juga akan digunakan bagi menentukan peratusan kognat antara kedua- dua bahasa. Tahap kesalingfahaman antara kedua- dua variasi ini ditentukan berasaskan kerangka tingkat kekerabatan Gudschinsky (1964). Perbandingan kosa kata tambahan berdasarkan domain turut dilakukan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Seramai 4 orang informan yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kawasan yang dipilih telah ditemu bual. Dapatan kajian mendapati tahap hubungan kekerabatan antara Bahasa Kenyah Badeng dengan Kenyah Uma Bakah adalah berstatus dialek berdasarkan peratusan kognat 85.4%. Manakala perbandingan kosa kata tambahan sebanyak 50 di antara kedua- dua variasi ini menunjukkan 30% perbezaan dan 70% persamaan kosa kata. Kosa kata dalam domain- domain anggota badan, kata sifat, binatang, kata kerja dan kosa kata lain- lain menunjukkan hampir semua persamaan manakala domain kehidupan seharian menunjukkan lebih banyak perbezaan. Perbezaan ini kerana dipengaruhi oleh sejarah asal usul yang berbeza.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kenyah, keluarga bahasa, perbandingan leksikostatistik, Borneo |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies |
Depositing User: | John |
Date Deposited: | 09 Sep 2022 08:46 |
Last Modified: | 24 Jul 2023 08:47 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/39605 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |