SIKAP DAN PEMILIHAN BAHASA OLEH MASYARAKAT CINA KAHWIN CAMPUR DAN BUKAN KAWHIN CAMPUR DI MALAYSIA

Cendellera anak Janar, - (2022) SIKAP DAN PEMILIHAN BAHASA OLEH MASYARAKAT CINA KAHWIN CAMPUR DAN BUKAN KAWHIN CAMPUR DI MALAYSIA. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Cendellera - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Perkahwinan campur antara bangsa lazim berlaku di Malaysia ekoran daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Percampuran kod dikesan berlaku dalam percakapan individu yang berasal dari perkahwinan campur. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap dan pemilihan bahasa oleh masyarakat Cina yang berasal daripada keluarga kahwin campur dan bukan kahwin campur di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk meneliti sikap orang Cina terhadap dialek�dialek Cina dan bahasa Mandarin dan mengenal pasti pemilihan bahasa mereka mengikut pelbagai domain. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif. Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada masyarakat Cina berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia secara atas talian. Hasil dapatan menunjukkan sikap bahasa orang Cina terhadap dialek-dialek Cina dan bahasa Mandarin adalah positif kerana ramai masih mengamalkannya dan diwarisi kerana penting untuk melambangkan etnik mereka. Namun, pemilihan bahasa dalam ketiga-tiga domain adalah tidak konsisten. Mereka lebih kerap memilih bahasa Mandarin dalam domain di rumah dan luar rumah namun untuk domain jabatan kerajaan bahasa Melayu tetap menjadi pilihan ramai. Walaupun begitu, dalam domain media sosial pula bahasa English lebih kerap digunakan.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: Sikap bahasa, pemilihan bahasa, dialek-dialek Cina, bahasa Mandarin, masyarakat Cina, bahasa keluarga, domain di dalam rumah, domain di luar rumah, domain media sosial
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language & Communication
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language & Communication
Depositing User: John
Date Deposited: 07 Sep 2022 01:19
Last Modified: 22 Feb 2023 04:47
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39551

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item