Herba dalam Peribahasa Melayu : Kajian Akal Budi Melayu

Nur Shazwanie, Wakimin and Nor Hashimah, Jalaluddin (2018) Herba dalam Peribahasa Melayu : Kajian Akal Budi Melayu. In: Kiasan, Kognitif dan Akal Budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, pp. 169-188. ISBN 9789674126438

[img] PDF
Herba dalam peribahasa melayu.pdf

Download (41MB)

Abstract

Melayu dahulu kala bijak orangnya. Mereka seniman yang kreatif, mereka pemikir yang tajam, mereka perenung alam sekitar, mereka dekat dengan masyarakat dan alam fauna dan flora Melayunya. Hassan Ahmad (2001), menyatakan bahawa masyarakat Melayu menyampaikan makna melalui pelbagai cara atau “teknik” yang luar biasa, kreatif dan bijaksana. Antaranya disebut teknik metafora, kiasan, ibarat, perlambangan dan melalui bahasa berirama, bersajak, bahasa sindiran, bahasa gurau senda, bahasa metaforik. Kreativiti minda dan seniman bahasa dan naratif Melayu berdasarkan ketahanan kesannya dalam “minda” orang Melayu sepanjang zaman. Kenyataan ini telah memberikan kita gambaran betapa bijaksana orang Melayu dahulu dalam mengasosiasikan alam dan diadun dengan ketajaman akal dan kehalusan perasaan dan budi mereka dalam menginterpretasikan sesuatu ungkapan yang sarat dengan makna, nilai dan falsafah yang tersendiri. Kajian ini dibuat untuk meneliti peribahasa Melayu yang berteraskan herba ‘kunyit’ dan ‘cekur’. Fokus kajian ini untuk menyelami falsafah dan makna di sebalik pembentukan peribahasa Melayu itu yang sarat dengan nilai akal budi Melayunya. Bertitik tolak daripada kenyataan Hassan Ahmad (2001), beliau mengatakan bahawa “akal budi” Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan “tradisional” Melayu, baik yang bercorak “sastera tulisan” mahupun yang bercorak “sastera lisan”, seperti hikayat, puisi tradisional (misalnya, pantun, dan syair) dan peribahasa Melayu ataupun karya yang bercorak ilmu atau yang bercorak “sastera.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Malay literature
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Wakimin
Date Deposited: 10 Aug 2022 03:53
Last Modified: 30 Oct 2023 02:54
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39107

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item