The Prevalence of Psychological Stress and Its Associated Factors among Secondary School Teachers in Samarahan and Asajaya District

Mardhiyyah, Azmi and Ayu Akida, Abdul Rashid (2022) The Prevalence of Psychological Stress and Its Associated Factors among Secondary School Teachers in Samarahan and Asajaya District. Medicine & Health, 17 (1). pp. 180-197. ISSN 2289-5728

[img] PDF
The Prevalence of - Copy.pdf

Download (77kB)
Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com/article/preval...

Abstract

Pelbagai jenis pekerjaan dikaitkan dengan tekanan psikologi di mana kerjaya guru dianggap sebagai salah satu pekerjaan yang memberi tekanan. Kajian ini bertujuan bagi menentukan kadar tekanan psikologi serta faktor-faktor yang berkaitan dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Kajian keratan rentas telah dijalankan dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Samarahan dan Asajaya menggunakan borang soal selidik. Status tekanan psikologi diukur menggunakan borang DASS-21 versi Bahasa Melayu. Inventori Tekanan Guru telah disesuaikan bagi mengenal pasti faktor-faktor psikososial. Kadar tekanan psikologi di dalam kajian ini adalah 19.5%. Daripada 241 orang guru, 9.1% mengalami tekanan ringan, 7.1% mengalami tekanan sederhana dan 3.3% mengalami tekanan teruk dan sangat teruk. Kadar tekanan psikologi sangat ketara dalam kalangan guruguru yang muda, bujang, balu/duda atau bercerai, dan berpendapatan isi rumah yang sangat rendah. Antara faktor pekerjaan, hanya bilangan tahun pengalaman mengajar yang mempunyai hubungan yang ketara dengan tekanan psikologi. Analisis regresi logistik mengenal pasti empat elemen penting yang dikaitkan dengan tekanan psikologi, terutamanya pendapatan isi rumah, kebimbangan, kemurungan dan pengurusan masa. Kesimpulannya, beban psikologi dalam kalangan guru sekolah boleh dikaitkan sama ada dengan faktor-faktor individu atau faktor-faktor pekerjaan. Tanggungjawab mengurus kesihatan mental dalam kalangan guru-guru tidak hanya terletak pada individu sahaja tetapi pada setiap peringkat di dalam organisasi. Sistem pengesanan awal bagi mengesan tekanan psikologi boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Associated Factors, Psychological Stress, secondary school, teacher.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Medicine and Health Sciences
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Medicine and Health Sciences
Depositing User: Gani
Date Deposited: 03 Aug 2022 01:38
Last Modified: 03 Aug 2022 01:38
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39044

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item