Noria, Tugang and Gregory, Kiyai @ Keai (2022) Worldview Mali dalam Kearifan Tempatan Penganan Iban di Sarawak: Satu Penelitian Warisan Tidak Ketara. Journal of Humanities and Social Sciences, 4 (1). pp. 38-51. ISSN 2721-804X
PDF
Worldview Mali dalam Kearifan Tempatan Penganan Iban.pdf Download (388kB) |
Abstract
Masyarakat Iban di Sarawak memiliki demensi atau pandangan yang tersendiri dalam menginterprestasi kepercayaan mereka terhadap dunia dan kehidupan. Kepercayaan atau worldview tersebut memiliki nilai yang signifikan dalam manifestasi kebudayaan ketara dan tidak ketara masyarakat Iban. Oleh itu, penyelidikan ini adalah bersifat etnografi yang memfokuskan kepada kepercayaan Mali dalam kearifan tempatan membuat Penganan iaitu sejenis kuih tradisional Iban. Pendekatan penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melakukan kerja lapangan, mendokumentasi dan menemu bual informan yang mempunyai kepakaran dalam budaya Iban. Kawasan penyelidikan iaitu di Lubok Antu, Betong, Sri Aman dan Limbang telah dipilih sebagai lokasi penyelidikan untuk mendapatkan kepelbagaian data dari setiap penempatan geografi masyarakat Iban. Tujuan penyelidikan ini adalah sebagai satu usaha untuk mengarkibkan dan mengkonservasi kepercayaan Mali sebagai sebuah warisan tidak ketara. Hasil dapatan mendapati bahawa, kepercayaan Mali masih menjadi sebuah warisan dalam bentuk kolektif memori dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Iban kini walaupun mereka telah menganuti agama baharu iaitu agama Islam dan Kristian. Melalui penyelidikan ini diharapkan mampu memberikan satu kefahaman yang komprenhensif mengenai adat resam dan kepercayaan masyarakat pribumi di Malaysia, khususnya masyarakat Iban di Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Adat Resam, Budaya Tradisional, Kepercayaan Pribumi, Masyarakat Iban, Pandangan Dunia |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 01 Aug 2022 06:44 |
Last Modified: | 01 Aug 2022 06:44 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/39007 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |