Dilah, Tuah (2022) Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak. UNIMAS Publisher, Kuching. ISBN 9789672298748
There is a more recent version of this item available. |
PDF
Bunga Rampai_Dilah Tuah.pdf Download (2MB) |
Abstract
Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak, merupakan himpunan kertas kerja yang membincangkan perkembangan kesusasteraan di Sarawak, khususnya dari sudut kritikan sastera. Sejarah perkembangan persuratan Melayu Sarawak yang panjang, serta terawal di Malaysia, merupakan satu tinggalan khazanah bangsa yang perlu disuburkan kembali melalui pendekatan kritikan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dunia sastera harus memiliki tiga kelompok yang perlu bergerak seiringan, iaitu pengarang, pembaca dan pengkritik. Kewujudan kelompok-kelompok ini bukan sekadar melengkapi antara satu sama lain, namun berupaya menjamin perkembangan dan kelangsungan bidang kesusasteraan. Karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang, pastinya tidak membawa makna dan impak yang besar kepada dunia kesusasteraan, sekiranya tidak mendapat sentuhan daripada pengkritik. Perlu juga difahami bahawa tugas pengkritik bukan bertujuan untuk mencari kesalahan, kelemahan dan kekuatan karya. Namun pengkritik hadir untuk mentafsir, mengamati, mengapresiasi dan menilai karya secara objektif, berpandukan teori dan kerangka tertentu. Pengkritik yang baik sudah tentu berupaya mendorong penulis untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik, dan bermutu pada masa hadapan. Sehubungan itu, untuk menyuburkan dunia penulisan kreatif dan melahirkan lebih ramai penulis, aktiviti kritikan sastera di negara ini perlu dipergiatkan.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persuratan Melayu Sarawak, khazanah, sudut kritikan sastera, pengarang, pembaca dan pengkritik. |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language & Communication Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language & Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 30 Jun 2022 06:31 |
Last Modified: | 12 Jul 2022 02:09 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/38768 |
Available Versions of this Item
- Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak. (deposited 30 Jun 2022 06:31) [Currently Displayed]
Actions (For repository members only: login required)
View Item |