Fonologi Bahasa Punan : Analisis linguistif deskriptif.

Zeckqualine, Melai and Norazuna, Norahim (2021) Fonologi Bahasa Punan : Analisis linguistif deskriptif. In: The 3rd International Conference on Language Studies (iCLS 2021), 8-9 September 2021, UNIMAS,Online Conference.

[img] PDF
pdfversion.pdf

Download (1MB)
Official URL: http://www.ils.unimas.my/

Abstract

Kaum Punan merupakan salah satu etnik minoriti bumiputera yang terdapat di negeri Sarawak. Etnik Punan mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan kawasan hulu sungai Rejang di Belaga. Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Association (PNA) pada tahun 2019, terdapat 4790 populasi Punan yang mendiami Sarawak. Menurut Asmah (2017) dan Ethnologue (2021), status bahasa Punan dikategorikan dalam bahasa yang terancam (threatened). Setakat ini kajian linguistik yang mendalam terhadap bahasa Punan amat perlu dijalankan. Justeru, kajian ini meneliti sistem fonologi bahasa Punan sebagai langkah pertama untuk melestarikan bahasa ini. Kertas kerja ini melaporkan dapatan awal kajian tentang sistem fonologi bahasa Punan. Kajian ini menerapkan pendekatan linguistik deskriptif dalam menganalisis fonologi bahasa Punan. Data kajian awal ini diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temuramah berdasarkan 100 daftar kata Swadesh serta kaedah domain dan asosiasi idea. Hasil kajian mendapati dalam bahasa ini, terdapat 18 konsonan, 7 vokal, 4 diftong dan 2 triftong. Hasil kajian ini secara keseluruhannya akan memberi sumbangan empirikal dari segi data leksikostatik dalam kajian bahasa sukuan di Sarawak.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Punan, fonologi, linguistik deskriptif, dokumentasi bahasa, bahasa terancam
Subjects: A General Works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Melai
Date Deposited: 13 Apr 2022 07:05
Last Modified: 13 Oct 2023 07:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38296

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item