Roslan, Ali and Mary Fatimah, Subet and Shahira, Johan and Muhammad Zaid, Daud and Salbia, Hassan and Dayang Sariah, Abang Suhai (2021) Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (Sp ed.). pp. 81-90. ISSN 1823-6812
PDF
Roslan Ali.pdf Download (215kB) |
Abstract
Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | COVID-19 |
Uncontrolled Keywords: | COVID-19; akronim; bahasa Melayu; mesej pesanan ringkas (SMS) |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 28 Dec 2021 00:50 |
Last Modified: | 13 Oct 2023 06:51 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/37564 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |