Perubahan Material Dalam Kraftangan Oleh Masyarakat Melayu di Saribas, Sarawak

Nur Farziana, Angat and Rahah, Hasan (2021) Perubahan Material Dalam Kraftangan Oleh Masyarakat Melayu di Saribas, Sarawak. In: The 6th International Conference of Applied and Creative Arts 2021 Conference e-Proceedings, 17-18 August 2021, Virtual Conference.

[img] PDF
Rahah bt. Hasan.pdf

Download (3MB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan melihat perubahan material yang berlaku di kalangan pembuat kraf di bahagian Saribas, Sarawak yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap penggunaan material untuk menghasilkan kraftangan pada era moden yang mendepani cabaran iaitu sumber semulajadi semakin berkurangan. Kraftangan bermaksud penghasilan peralatan berguna (Utility), ataupun alat hiasan menggunakan kemahiran tangan atau bantuan perkakas ringkas secara tradisional. Pada era moden, pertukangan kraftangan di Saribas masih merupakan produk tradisional yang dihasilkan secara kendiri atau berkelompok untuk tujuan komersial secara kecil-kecilan. Hasil kajian, mendapati aktiviti penghasilan dan penjualan kraftangan merupakan salah satu daripada sumber pendapatan bagi segelintir masyarakat kampung. Penghasilan kraftangan lazimnya menggunakan hasil hutan, namun kebelakangan ini para pembuat kraf dikesan lebih kreatif memanfaatkan bahan alternatif untuk menggantikan bahan asal. Berdasarkan metod kualitatif yang telah dijalankan, hasil pemerhatian dan observasi jelas terdapat beberapa perubahan signifikan pada bahan kraf di mana lebih banyak menggunakan sumber bahan berasaskan plastik atau bahan alternatif lain yang bersifat menyerupai bahan asal. Kajian merumuskan, kraftangan era moden telah mengalami proses inovasi kerana perkembangan kraf yang mempunyai perubahan ketara dari kraf tradisional, terutamanya pada bahan buatan yang mengalami perubahan hampir 90 peratus, manakala fungsi dalam masyarakat moden juga mengalami perubahan yang signifikan dan memerlukan penafsiran semula dari sudut semiotik.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Melayu Saribas, Kraf tradisional, Benda Budaya, Bahan Alternatif, Inovasi
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 27 Dec 2021 02:16
Last Modified: 10 Nov 2023 02:36
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37544

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item