Muhammad Zaid, Bin Daud and Nurul Aida, Abdullah and Mary Fatimah, Subet (2021) REFLEKSI SISI NEGATIF BURUNG GAGAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF. Issues in Language Studies, 10 (2). pp. 24-44. ISSN 2180-2726
PDF
peribahasa1.pdf Download (148kB) |
Abstract
Pandangan masyarakat Melayu pada masa dahulu telah menginterpretasikan burung gagak sebagai rupa yang buruk, sesuatu yang lemah, impian yang tidak kesampaian dan sukar untuk berubah. Oleh itu, objektif khusus kajian ini adalah untuk meneroka sebab pemilihan imej perlambangan gagak dalam peribahasa Melayu menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (Jalaluddin, 2014) serta dibantu dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). Data peribahasa ini dikutip melalui pensampelan bertujuan dalam Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Keseluruhannya, terdapat sembilan data peribahasa Melayu yang bersumberkan burung gagak. Terdapat kajian terkini membuktikan burung gagak sebagai burung yang pintar, dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengekspresikan perasaan yang rumit. Tetapi, berdasarkan keintelektulan dan akal budi masyarakat Melayu, mereka masih merefleksikan burung gagak mempunyai sisi yang negatif. Contohnya, pengkhianatan, tikam belakang, ada kepentingan tersendiri dan menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Rumusannya, penilaian orang Melayu pada zaman dahulu mengenai burung gagak telah diteliti dan dinilai secara kompleks.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Akal budi Melayu; gagak; peribahasa Melayu; semantik inkuisitif |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies |
Depositing User: | Sanawi |
Date Deposited: | 22 Dec 2021 00:58 |
Last Modified: | 22 Dec 2021 00:58 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/37439 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |